Sunday, December 26, 2010

Falsafah Hidup


Apakala kita berbicara mengenai falsafah hidup.. prinsip hidup, saya percaya ramai yang mempunyai falsafah mereka tersendiri mengenai hidup ini. Kadangkala tanpa kita sedari bahawa kita semakin menjadi bongkak dengan falsafah atau prinsip yang kita pegang itu. Disebabkan terlalu ‘obsess’ dengan prinsip hidup kita itu, kita telah mengabaikan beberapa perkara penting dalam perhubungan sesama manusia. Namun prinsip itu perlu ada dalam setiap manusia kerana atas asas kepercayaan atau ‘believe’ tersebut maka manusia menjadi lebih yakin untuk mencapai sesuatu berdasarkan hukum alam atau hukum karma.

Begitu banyak contoh prinsip hidup yang ada di dunia ini dan ianya kadangkala sangat berbeza mengikut tempat dan masa. Contohnya, seorang ahli politik di Jepun mungkin mempunyai perbezaan prinsip dengan ahli politik di Malaysia. Atau seorang jurutera di Jerman mungkin mempunyai perbezaan prinsip dengan jurutera di Alor Setar? Ataupun seorang rakyat di Indonesia mungkin berbeza prinsip dengan rakyat di Negara ini. Rakyat Indonesia terkenal dengan sifat ‘patriotik’ mereka dan sentiasa bangga dengan Negara mereka walaupun terpaksa menjadi ‘hamba kerja’ di Negara asing. Kalau tak percaya, cuba lihat mana-mana perlawanan akhir yang melibatkan Negara mereka seperti piala Thomas di Kuala Lumpur dan yang terkini ialah Piala Suzuki nanti. Mungkin ada ‘pro and con’ terhadap isu prinsip orang indon ini. Bagaimanapun, pokok pangkalnya ialah prinsip itu wujud dalam diri kita. Kata orang, selepas usia kita melangkau 40 tahun, maka adalah lebih sukar untuk kita berubah. Jadi, adalah penting bahawa falsafah atau prinsip yang kita pegang itu benar dan yang paling penting ialah prinsip tersebut akan menjamin masa depan kita di dunia dan di akhirat. Usia saya kini menjangkau 36 tahun dan saya hanya ada baki 4 tahun untuk berubah. (hmm.. sekejap rasanya umur ini meningkat naik! mungkin disebabkan oleh kesibukan kerja menyebabkan kita terlupa tentang umur?)

Adalah amat malang sekali sekiranya falsafah yang kita anggap betul itu sebenarnya adalah kesilapan dan meninggal dunia pula sebelum sempat membetulkan prinsip tersebut. Kita semestinya perlu bermuhasabah selalu mengenai perjuangan kita yang sebenarnya dalam hidup ini. Apa sahaja prinsip yang kita gunapakai, hendaklah ianya tidak terpesong daripada ajaran agama Islam kita dan dalam konteks Malaysia ini ialah ajaran ahli sunnah wal jamaah. Untuk mendapatkan falsafah atau prinsip hidup yang terbaik, seharusnya kita menuntut ilmu pengetahuan, menimba serta berkongsi pengalaman daripada manusia yang lain. Sesungguhnya ilmu Allah Maha Luas. Sebaik-baik manusia itu ialah yang paling banyak memberi manafaat kepada manusia yang lain. Semua manusia itu boleh dikatakan memberikan sumbangan dan manafaat kepada manusia yang lain selagi kerja atau ibadah yang kita lakukan itu halal dan di sisi Allah S.W.T. Dan ianya boleh dicapai dengan mempunyai falsafah yang betul dan efisyen.
Wallahualam.

Tuesday, December 7, 2010

UKURAN KEJAYAAN DALAM MENDIDIK ANAK

Salam Maal Hijrah 1432Hijrah. Setiap kali tahun Hijrah menjelang, ramai di kalangan umat Islam yang menyimpan azam baru untuk ‘berhijrah’ sama ada benar berhijrah (berpindah tempat) atau pun berhijrah dari segi perbuatan, rohani, daripada tidak baik kepada yang baik atau daripada baik kepada lebih baik lagi. Awal Muharam mengingatkan kita kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Kata orang, azam kita jangan diwar-warkan kepada orang lain kerana ‘takut’ tidak menjadi menjadi kenyataan dan dikhuatiri ia bertukar menjadi riak kecil. Allah Maha Mengetahui.

Catatan blog kali ini, saya ingin menyentuh mengenai prinsip mendidik anak. Anak adalah ‘amanah’ yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Bila kita sebut sebagai amanah, maka di dalam amanah itu mengandungi nikmat dan ujian yang memerlukan kekuatan dan ketabahan hati. Semasa mengikuti khutbah Jumaat di Masjid Iskandar jalan Datuk Kumbar baru-baru ini, khatib menekankan bahawa anak merupakan ujian Allah yang mana antaranya boleh menyebabkan kita menjadi bakhil (kerana mulai berkira apabila nak memberikan sedekah, ditakuti wang yang disedekah itu menjadikan wang belanja untuk keperluan anak tidak mencukupi?), kemudian kita akan menjadi takut untuk pergi berjihad di jalan Allah atau menjadi jarang untuk keluar mengikuti Kuliah di luar (kerana takut hendak meninggalkan anak dan isteri lama-lama dikhuatiri keselamatan mereka). Perasaan takut itu sebenarnya adalah mainan perasaan sahaja dan ditambah dengan hasutan syaitan dan nafsu yang sentiasa cuba menghalang kita daripada melakukan kebaikan. Allah sentiasa akan menjaga hambaNya yang redha berjuang di jalan Allah dan anak itu adalah dugaan sahaja. Bagi saya, sifat ‘Ihsan’ amat diperlukan dalam menjalani ujian Allah ini.

Saya mempunyai pandangan yang mungkin agak berbeza dengan orang lain dalam aspek pendidikan dan kejayaan mendidik anak-anak. Saya teringat semasa saya bersekolah di kampung dulu, saya bersekolah dalam keadaan aman tanpa ada ‘stress’ atau tekanan melampau daripada emak atau daripada keluarga saya. Oleh itu, untuk memperolehi ‘A’ dalam pelajaran atau memperolehi kedudukan nombor teratas di dalam kelas di sekolah bukanlah sasaran penting saya. Semasa bersekolah, apa yang penting ialah, saya berusaha dengan apa yang termampu dan selebihnya berserah kepada Allah. Saya juga pernah berniat semasa sebelum mengambil peperiksaan SPM dulu, iaitu sekiranya saya mendapat gred 2 atau 3, saya tidak kisah.. sebab saya boleh ambil SPM kali kedua dan sebagainya. Buat apa nak ‘rushing’?. Dengan cara itu, fikiran saya akan lebih tenang dan fokus tambahan pula emak tidak terlalu menekan saya supaya mencapai gred 1 SPM dan sebagainya. Terus terang sebenarnya, atas rasa kesedaran semasa itu, saya rasa adalah menjadi tanggungjawab saya memberikan keputusan terbaik yang boleh menggembirakan emak. Syukur alhamdulillah, saya berjaya juga melepasi SPM ketika itu walaupun hanya bersekolah biasa di kampung.

Kini bagi saya, kejayaan mendidik anak tidak boleh dilihat dan diukur dari tahap pencapaian akademik atau kekayaan harta benda. Bagi saya, kejayaan mendidik anak-anak hanya boleh dilihat apabila sejauhmana mereka (anak) melayan kita di hari tua (sekiranya umur masih ada) atau sejauhmana mereka boleh memberikan manafaat dengan manusia yang lain. Tidak kisah apa kerjaya mereka asalkan halal dan diberkati Allah. Saya tidak juga menekankan anak-anak saya supaya wajib mendapat tempat pertama atau wajib mendapat A dalam setiap subjeknya atau mendapat A dalam UPSR. Apa yang saya harapkan ialah agar ilmu yang mereka perolehi itu adalah berkat dan boleh dimanafaatkan untuk kehidupan mereka di masa akan datang.

Emak dan keluarga saya selalu risau dan bertanyakan bagaimana sekolah anak-anak saya itu, dapat nombor berapa di dalam peperiksaannya. Pada saya, itu bukanlah soal yang terpenting.. apa yang penting ialah sejauhmana mereka boleh menghormati orang tua, jujur dan melengkapkan mereka dengan ilmu agama. Apalah gunanya kalau mereka berjaya dalam akademik dan kerjaya, tetapi gagal menghormati dan melayan orang tua bila dewasa nanti. Soal pelajaran atau akademik itu adalah subjektif dan tidak boleh diukur dari aspek pencapaian persijilan semata-mata (diploma atau ijazah atau PhD dsbg) kerana menuntut ilmu itu adalah wajib perlu berterusan ingat ke akhir hayat tidak kira sama ada secara formal (di IPT) atau tidak formal (belajar di pondok, surau dsbgnya). Kejayaan anak itu juga tidak boleh diukur bila mereka boleh menjadi engineer, doctor dan sebagainya. Itu bukanlah kejayaan sebenarnya. Kejayaan mendidik anak sebenarnya ialah sejauhmana mereka boleh menjaga dan menghormati ibu bapa mereka di hari tua nanti dan sejauhmana mereka boleh memberikan manafaat kepada orang lain. Tidak guna satu sen pun jika mereka menjadi pegawai tinggi atau hartawan, tetapi tidak mampu membahagiakan hati ibu bapa mereka.

Saya hanya boleh melihat kejayaan anak-anak saya itu apabila saya tua nanti iaitu mampukah mereka menjaga saya dan isteri nanti atau hanya ditinggalkan kami berdua kesunyian tanpa berita. Itu semua bergantung kepada cara kita mendidik anak-anak kita dan cara kita menjaga ibu bapa kita sekarang. Semua yang kita hajati memerlukan pengorbanan. InsyaAllah setiap pengorbanan yang dibuat dengan ikhlas akan dinilai oleh Allah. Hidup ini seperti roda, apa yang kita lakukan kepada ibu bapa kita, maka mungkin itulah yang akan dilakukan oleh anak-anak kita kepada kita kelak. Dari perlaksanaannya, tidak semudah yang dituliskan . Saya berdoa agar diberikan peluang oleh Allah untuk saya menjaga emak di kampung satu hari nanti. InsyaAllah.

Wallahualam.

Bakri.

Sunday, November 21, 2010

BANJIRO


Sepertimana kita semua maklum, awal November baru-baru ini banjir besar melanda negeri Perlis dan Kedah di daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Alor Setar. Peristiwa ini mengingatkan saya kepada banjir besar semasa bertugas di Baling pada tahun 2003 dulu. Ramai yang berkata bahawa banjir kali ini merupakan yang terburuk sejak peristiwa banjir pada tahun 2005 dulu. Pelbagai teori yang diperkatakan mengenai punca banjir ini selain daripada hujan yang berterusan. Keadaan banjir di Thailand yang melimpah ke utara semenanjung lalu empangan Timah Tasoh yang overflow ke kawasan Padang Terap dan Kubang Pasu.

Semasa bertugas di bilik Gerakan banjir, saya sempat membuat rondaan di kawasan Alor Setar hingga ke kawasan Anak Bukit. Melihatkan keadaan rumah, kenderaan, ternakan, yang ditenggelami banjir, berat rasanya penderitaan mereka. Ada yang tinggal sehelai sepinggang, tidur di tepian jalan-jalan raya, ada yang memasang khemah di atas ’divider’ dan bahu jalan kerana nak menjaga keselamatan harta benda. Rumah mertua saya di Megat Dewa sekali lagi ditenggelami banjir sepertimana tahun 2005 dulu. Dalam keadaan bencana, masih ada ’penyangak’ dan pencuri yang mengambil kesempatan merompak harta benda. Nauzubillah, apa jenis manusia agaknya mereka ini agaknya. Beribu-ribu orang terpaksa ditempatkan di pusat penempatan banjir.

Lagi memburukkan keadaan, Loji Air Bukit Pinang yang membekalkan air paip ke Alor Setar didapati tenggelam motornya dan menyebabkan hampir seluruh kawasan Alor Setar lumpuh kerana ketiadaan air bersih. Tiada elektrik masih ok, tetapi ketiadaan air memang amat menguji ketabahan saya sekeluarga. Walaupun rumah yang saya duduki di Jalan Datuk Kumbar tidak dinaiki air banjir, namun ketiadaan air menyebabkan kesulitan kepada keluarga saya. Tiga hari saya tak mandi dan tidak buang air besar kerana tidak sanggup hendak menggunakan tandas tanpa dibersihkan dengan air. Semua kedai dan pasaraya kehabisan air mineral dan berduyun-duyun manusia berebutkan air. Begitulah senario manusia, apabila Allah tarik sedikit sahaja nikmat, maka kelam kabutlah kita semua. Semasa ketiadaan air, saya berusaha mencari air di kawasan Masjid namun semuanya dukacita kerana masjid dan surau juga ketandusan air. Nak ke Jitra, jalan dah terputus dan tenggelam kerana banjir. Bagi warga Kedah yang mempunyai kampung halaman di Kedah, mereka bolehlah balik kampung untuk gunakan air. Perantau macam saya ni, manalah ada saudara untuk ditumpang.

Pada hari ke-4, lalu saya bertekad untuk ke Pendang dengan membawa segala macam botol dan timba. Di Pendang, keadaannya amat tenang dan amat berbeza sekali dengan kekalutan di Alor Setar. Setibanya di Pendang, saya terus menggunakan tandas pejabat di sana untuk melunaskan ’hajat’ saya yang dipendam selama beberapa hari. Alhamdulillah. Selepas itu, saya ke beberapa buah masjid termasuk di Tol Pendang untuk mengambil air bersih. Syukur saya berjaya membawa air-air tersebut yang saya kira mencukupi untuk dua hari. Namun saya silap, air yang saya ambil hanya mencukupi untuk sehari semalam sahaja. Keesokannya saya ke Pendang lagi. Semua urusan terpaksa saya lakukan seorang walaupun dalam masa yang sama agak sibuk dengan tugas 'shift' di bilik gerakan banjir. Isteri saya semasa itu tidak sihat manakala 5 orang anak-anak saya yang masih kecil perlu juga ditengok. Semasa ketiadaan air bersih, hampir tiada kedai makan yang dibuka kerana masalah air. Kami sekeluarga hanya makan apa yang ada di dalam rumah.. kami dah terkepung dengan banjir. Nasi, telur, ikan masin dan sardin serta kicap menjadi makanan utama kami sepanjang banjir.

Selepas semua dah kembali normal, saya cuba merenung kembali dan bermuhasabah. Semua yang berlaku tempohari adalah ujian yang kecil dari Allah kepada hambaNya. Cuba kita lihat keadaan di luar sana yang kebuluran, peperangan dan sebagainya, bagaimanakah mereka boleh survive? Kita di sini hanya diberi sedikit ujian sebagai peringatan oleh Allah, dan kita sebagai hamba Allah seharusnya mengambil pengajaran dan saya yakin tentu ada hikmahnya di sebalik semua ini. Mungkin ini adalah BALA. Iaitu musibah yang diturunkan oleh Allah kepada kita yang lalai dan terpaksa pula ditanggung sama oleh orang-orang yang tidak berdosa. Jika musibah diturunkan kepada orang yang membuat dosa, itu disebut sebagai BALAsan. Tak perlu kita saling menyalahkan orang lain. Kita semakin hari, semakin leka. Mana iman kita? Mana sifat ihsan kita? Sama-samalah kita renungkan perkara ini.
Wallahualam.

Sunday, October 31, 2010

EHSAN


Pada 3 Oktober yang lalu, saya dan warga kerja lain telah sempat menghadiri satu majlis tazkirah oleh Yang Berbahagia Dato’ Sheikh Mohd Badarudin Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Kedah yang dijemput khas sempena meraikan bakal haji anggota kerja syarikat. Saya tertarik dengan ceramah Dato’ Mufti yang menyebut tentang makam manusia yang lebih mulia dari iman iaitu manusia yang EHSAN.
Rasulullah S.A.W menyebut, Ehsan ialah “Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya, sesungguhnya Ia melihat engkau”. Orang yang ada sifat ehsan itu bersifat mulia di kalangan orang beriman. Manusia mungkin mempunyai iman, namun tidak semua yang beriman itu ada sifat ehsan.
Apa itu Ehsan?.. dari apa yang saya faham dari ceramah Dato Mufti, sifat Ehsan ialah satu sifat yang sentiasa beringat bahawa Allah senitasa melihat apa sahaja aktiviti yang dilakukan dari segi rohani dan jasmani. Oleh itu, secara tak langsung, sifat hati yang bersih, redha, taqwa, berjiwa besar, baik sangka, yang tiada langsung ingin berdendam atau tiada hasad dengki dan sebagainya wujud dalam manusia Ehsan.
Ada orang kata, biarlah orang buat tak baik pada kita, asalkan jangan kita buat tak baik kepada orang. Contohnya, Si A yang menggunakan bomoh siam cara halus untuk membinasakan si B, lalu si B mendapat tahu dan menggunakan cara yang sama untuk membalas binasakan si A. Maka dua kali lima, lima kali dua... kedua-duanya mendapat dosa dan dimurkai Allah. A atau B tiada sifat Ehsan. Jika si B tidak membalas dendam, tidak membinsakan A dan berserah kepada Allah maka si B mungkin ada sifat ehsan agaknya.
Mungkin untuk lebih pemahaman, boleh lihat cerita ni pula. Ahmad (bukan nama sebenar) adalah seorang bomoh tulang yang diberikan kelebihan oleh Allah untuk menyembuhkan orang yang patah tulang tanpa perlu ke hospital dan sebagainya. Pada satu hari, Ahmad mengalami kesempitan wang dan kemudian dengan rasa berat hati, pergi ke rumah rakannya Bakar bagi tujuan untuk memohon untuk meminjam sedikit wang daripada rakannya itu. Bakar adalah seorang yang kaya wang dan banyak harta. Bakar tidak mahu meminjamkan wangnya malah memaki hamun si Ahmad. Si Ahmad tidak pula merasa kecewa dan marah atau berdendam dengan Bakar serta redha dengan ujian Allah.Dengan takdir Allah, tidak lama selepas itu, Bakar mengalami kemalangan dan patah tulang kaki. Umum mengetahui, hanya Ahmad yang mampu memulihkan patah tulang kakinya itu. Bakar menjadi serba salah sama ada mahu mendapatkan rawatan dari Ahmad kerana sebelum ini Bakar pernah berlaku sombong dengan Ahmad dan tidak mahu meminjamkan wangnya. Tetapi Bakar tiada pilihan kerana sakitnya semakin serius dan perlu dirawat segera. Lalu si Bakar pergi berjumpa si Ahmad.Sebaik sahaja Bakar sampai ke rumah si Ahmad, lalu Ahmad menyambut Bakar dengan penuh mesra dan melayannya sebagai tetamu seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum ini. Ahmad dengan segera merawat kaki rakannya Bakar dan dengan izin Allah, maka sembuhlah kaki Bakar. Ahmad tidak meminta sebarang bayaran kerana menggangap Bakar adalah rakan karibnya dan memberikan layanan yang terbaik kepada Bakar. (Bakar mungkin menyesal dengan perbuatannya agaknya). Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku antara mereka sebelm ini. Ahmad seolah-olah telah melupakan langsung peristiwa Bakar memakinya semasa ingin meminjam wangnya dulu. Jadi, Ahmad ini dikatakan mempunyai sifat Ehsan tersebut.
Sama-samalah kita muhasabah diri, adakah sifat ehsan ini ada dalam diri kita? Contohnya, semasa kita memandu kenderaan, adakah sifat bertimbangrasa dan baik sangka ini ada? Contoh yang lebih serius ialah katakanlah jika ada saudara mara kita yang mati kerana dibunuh oleh si pulan yang tiada sifat perikemanusiaan. Lalu mahkamah memutuskan si pulan tersebut dihukum mati. Adakah kita menyimpan dendam dengan si pulan itu..? atau kita bersedia memaafkannya dan berserah kepada Allah sahaja..? saya rasa jika kita sanggup memaafkan si pulan, maka sifat Ehsan yang tinggi itu ada dalam diri kita.Mungkin ada banyak lagi contoh-contoh sifat Ehsan ini yang mana kita tidak perasan bahawa kita sebenarnya mengikis sifat-sifat ini kerana terlalu mementingkan keduniaan.
Di bawah adalah beberapa petikan dari internet untuk rujukan mengenai EHSAN.
Dari Umar Radhiallahu’anhu juga, beliau berkata: Pada suatu hari ketika kami duduk bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba muncul seorang laki-laki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya sangat hitam. Pada dirinya tidak tampak bekas dari perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalinya. Kemudian ia duduk di hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu merapatkan kedua lututnya ke lutut Nabi, dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya, kemudian berkata: ”Wahai Muhammad, terangkanlah kepadaku tentang Islam.” Kemudian Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam menjawab: ”Islam yaitu: hendaklah engkau bersaksi tiada sesembahan yang haq disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah engkau mendirikan sholat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke rumah Allah jika engkau mampu mengerjakannya.” Orang itu berkata: ”Engkau benar.” Kami menjadi hairan, kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya. Orang itu bertanya lagi: ”Lalu terangkanlah kepadaku tentang iman”. (Rasulullah) menjawab: ”Hendaklah engkau beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para utusan-Nya, hari akhir, dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir yang baik dan yang buruk.”Orang tadi berkata: ”Engkau benar.” Lalu orang itu bertanya lagi: ”Lalu terangkanlah kepadaku tentang ihsan.” (Beliau) menjawab: “Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya, sesungguhnya Ia melihat engkau.” Orang itu berkata lagi: ”Beritahukanlah kepadaku tentang hari kiamat.” (Beliau) mejawab: “Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.” Orang itu selanjutnya berkata: ”Beritahukanlah kepadaku tanda-tandanya.” (Beliau) menjawab: ”Apabila budak melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang-orang Badwi yang bertelanjang kaki, yang miskin lagi penggembala kambing berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan.” Kemudian orang itu pergi, sedangkan aku tetap tinggal beberapa saat lamanya. Lalu Nabi shallallahu ’alaihi wasallam bersabda: ”Wahai Umar, tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu ?”. Aku menjawab: ”Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Lalu beliau bersabda: ”Dia itu adalah malaikat Jibril yang datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kalian.”(HR. Muslim).

Kedudukan Hadis ini sangat penting sehingga sebahagian ulama menyebutnya sebagai “Induk sunnah”, kerana seluruh sunnah berkaitan kepada hadis ini. Islam mencakupi tiga hal, iaitu: Islam, Iman dan Ihsan. Islam berkaitan masalah lahir, iman berkaitan masalah batin, dan ihsan mencakupi keduanya. Ihsan memiliki kedudukan yang lebih tinggi dari iman, dan iman memiliki kedudukan yang lebih tinggi dari Islam. Tidaklah keislaman dianggap sah kecuali jika terdapat padanya iman, kerana kesan dari syahadah mencakupi lahir dan batin. Demikian juga iman tidak sah kecuali ada Islam (dalam batas yang minimum), kerana iman adalah meliputi lahir dan batin.
Wallahualam.

Monday, October 25, 2010

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)


KPI bukan perkara baru, ia dah pun berjalan bukan sahaja oleh syarikat-syarikat swasta, malah juga oleh agensi-agensi kerajaan. KPI telah melalui bermacam-macam versi dan ia dilaksanakan mengikut tahun kewangan sesebuah organisasi. Ia juga dinamakan sebagai ‘strategic objective’. Mengikut teori, Key Performance Indicator (KPI) ialah satu terma ‘industry jargon’ bagi tujuan untuk mengukur tahap prestasi yang direkodkan. KPI biasanya digunakan untuk sesebuah organisasi untuk menilai tahap kejayaan atau terhadap tahap sesuatu aktiviti yang ditetapkan. Kadangkala sesuatu kejayaan itu didefinasikan dari sudut ‘progress’ yang dicapai dari masa ke semasa dalam menuju ke arah mencapai sesuatu objektif strategik organisasi.
Pelbagai perkara di dalam KPI yang ditetapkan kadangkala menjadi pertikaian di peringkat operasi. Kesemua persoalan itu realistik dan logik tetapi sejauhmanakah pertikaian kita itu relevan kepada persoalan tersebut?. Kadangkala ia perlu dipandang dari perspektif yang lebih praktikal dan optimistik.
Kadangkala, tahap kejayaan itu bercorak pencapaian ulangan (repeated achievement) dalam sesetengah sasaran peringkat operasi, contohnya seperti ‘zero defects’, Service Excellence 10/10, customer satisfaction dan sebagainya. Memilih KPI yang tepat dan betul memerlukan kefahaman yang tinggi mengenai apakah perkara yang penting untuk syarikat. Biasanya, unit Pengurusan Strategik sesuatu organisasi itulah yang akan menentukannya. Lazimya, KPI ditentukan berdasarkan empat area melalui konsep pengurusan KPI atau ‘framework’ yang dinamakan sebagai Balance Score Card (BSC). 4 'main area' yang penting ialah Finance, Customer, Internal Process dan Learning & Growth. Ke empat-empat item BSC perlu ada barulah 'balance' KPI.

Balance Score Card ialah ‘tools’ yang sering digunakan untuk pengurusan prestasi organisasi. Ia boleh dikatakan ‘tried & proven method’ cuma yang mungkin menjadi pertikaian ialah sejauhmana ketepatan perlaksanaannya. Ia konsep yang bagus di mana ia membolehkan seseorang pengurus untuk memantau dan mengawal sesuatu perlaksanaan aktiviti.

Ada juga kadangkala orang membezakan yang mana BAU (Business as Usual) dan yang mana KPI. BAU ialah kerja rutin atau kerja hakiki harian, mingguan dan sebagainya contohnya ialah seorang kerani tugas hariannya ialah memastikan semua surat menyurat dikemaskini. Jika beliau terleka atau tidak melakukan kerja hariannya itu, akan menyebabkan backlog atau tertunggak. Maka ia disebut sebagai tidak melaksanakan BAU nya. Manakala KPI biasanya diukur dalam jarak yang lebih panjang seperti mingguan, bulanan, suku tahun, tahunan, 5 tahun dan sebagainya. Kalau merujuk kepada Ketua Jurutera Negeri..
BAU = kerja hangpa, hangpa buat.
KPI = kerja kami, hangpa buat.
Perkataan 'kami' merujuk kepada pengurusan atasan, manakala perkataan 'hangpa' merujuk kepada pekerja bawahan di peringkat operasi. Bila difikir-fikirkan balik, betul juga. Namun, saya yakin pasti ada lain-lain definasi lagi yang boleh diperbahaskan kerana konsep 'teamwork' sepatutnya wujud dalam melaksanakan KPI dan BAU.
Ketika kita diterima bekerja, kita mungkin masih ingat iaitu kita pernah menandatangani satu surat kontrak perjanjian untuk melaksanakan apa sahaja kerja yg diarahkan oleh syarikat dan bersedia untuk ditukarkan ke mana-mana stesen yang diarahkan. Kerja hakiki kita itulah sebenarnya adalah BAU. Kadang-kala BAU boleh jadi KPI.. manakala KPI boleh dijadikan BAU.. jika kerja itu banyak backlog, ia mungkin dijadikan KPI.. selepas kembali pulih, ia akan menjadi BAU semula... sekiranya disebabkan arahan daripada Top management mengarahkan ianya ialah KPI, maka kpilah jadinya.. Berdasarkan short term dan long term strategic plan, kadangkala kita perlu inisiatif atau KPI extra/ baru yang perlu dicapai dalam masa yg ditetapkan.. lebih-lebih lagi bisnes teras perlu improve dengan segera. Mematuhi peraturan itu BAU, mematuhi etika berpakaian itu juga BAU dan banyak lagi.

Semua benda yg kita nak capai, perlulah boleh diukur atau measurable.. kalau tak boleh measure bagaimana kita nak tahu sama ada sasaran kita itu dicapai atau tidak? Afterall, kita kerja dengan orang. Kita hanya bekerja makan gaji dan tak mungkin boleh perfect. Kalau kita jadi CEO syarikat kita sendiri pun, kita mungkin boleh cipta keuntungan, NAMUN ia belum tentu boleh dapat memuaskan hati semua anak buah kita. Melakukan yang terbaik dalam BAU mungkin kita boleh kaitkan demi mendapat keberkatan pada rezeki (gaji) yang diterima setiap bulan... sedangkan zaman nabi pun ada tentangan, inikan kita manusia biasa.. hanya Allah yg sempurna..

Tidak melaksanakan BAU mungkin menyebabkan syarikat menggunakan tindakan tatatertib sebagai salah satu alternatif. Namun perlu diingat, sebelum menghukum, pengurusan perlu lihat terlebih dahulu, adakah pekerja yang dihukum itu benar-benar telah diberikan terlebih dahulu hak mereka dari segi latihan dan sebagainya? Sekiranya semua itu telah diberikan, dan masih terdapat kelalaian dan keengkaran, ia mungkin wajar dilaksanakan. Dalam pada itu, kita juga perlu menggunakan budibicara yang terbaik dalam melaksanakan amanah kerana tidak semua peraturan yang kita cipta itu benar-benar berkesan dan tepat.

Dari segi analogi lain, contohnya dalam mengerjakan ibadah solat, ia mungkin dinamakan sebagai BAU, jika tidak dilaksanakan, kita menganggung dosa dan hukuman, jika diamalkan kita diberikan reward ataupun pahala. Namun, ia tiada penghujungnya dan sebagai muslim, kita wajib amal dan berterusan improve ibadah solat kita itu. Ia tiada ‘saturated value’ tetapi ia mesti diamalkan dan dipertingkatkan sehingga akhir hayat kita. Bagi seseorang yang mendapat ‘hint’ bilakah tarikh ajalnya, mungkin beliau boleh membuat persiapan dan memperkemaskan KPI akhiratnya.
Ia juga mungkin boleh menjadi KPI jangka panjang atau pendek kepada kita yang tidak tahu sampai setakat manakah umur kita. Allah jua yang Maha Mengetahui.

Wallahualam.

Sunday, October 3, 2010

COAAABAAAAAANNNNN....

Bulan September lepas begitu menguji kesabaran saya. Apa tidaknya, pada minggu lepas boleh dikatakan kesemua lima orang anak-anak saya yang masih kecil itu terpaksa ditahan di dalam wad kerana masalah kesihatan. Ini bukanlah kali pertama anak-anak saya dimasukkan ke wad kerana sebelum ini saya memang pernah harungi beberapa kali pengalaman sebegini. 5 orang anak saya lahir di Hospital swasta dan memang agak mencabar juga kerana dalam masa yang sama perlu menjaga anak-anak saya yang lain yang masih kecil pada setiap kali isteri bersalin. Bila salah seorang anak-anak saya atau pun isteri saya dimasukkan ke dalam wad, maka kami anak beranak pun terpaksa bermalam sekali di dalam wad. Selalunya saya akan berusaha untuk mendapatkan bilik single asalkan saya sekeluarga dapat bersama-sama. Memang ianya agak memenatkan kerana bukan sahaja saya perlu menguruskan keluarga di wad, tetapi dalam masa yang sama, saya perlu menyiapkan kerja-kerja di pejabat, dan dalam masa yang sama saya juga perlu menyiapkan beberapa assignment pengajian saya secara sambilan, dalam masa yang sama, saya perlu membuat kerja-kerja rumahtangga termasuk menyiapkan makan minum anak-anak pada setiap masa, membasuh dan menjemur kain (yang bertimbun-timbun), membersihkan rumah, kekangan kewangan dan sebagainya. Dalam masa yang sama juga minggu lepas, saya perlu memenuhi undangan-undangan rumah terbuka, mengunjung pengkebumian saudara yang meninggal di Perlis, menghadiri kuliah dan exam, menghadiri mesyuarat dan sebagainya. Itupun, ada juga beberapa mesyuarat dan 'function' yang saya terpaksa ‘ponteng’ termasuk mesyuarat di KL dan saya amat bernasib baik kerana boss saya juga begitu memahami keadaan saya ketika itu. Setiap malam pula tidur lewat kerana selepas kesemua anak-anak saya tidur, barulah saya boleh melakukan kerja-kerja pejabat dan mengarang ‘assignment’ saya yang mana ‘deadline’nya juga semasa itu. Kadangkala tidak dapat tidur juga disebabkan anak-anak meragam di tengah malam. Semuanya itu berlaku serentak dan menekan perasaan saya dan berlaku selama hampir dua minggu berturut-turut. Bagaimanapun, saya rasa amat bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik manakala kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan. Saya yakin Allah ingin melihat sejauhmana ketabahan hambaNya dalam menghadapi cubaan. (Ayat 286, surah Al-Baqarah). Setiap muslim hendaklah beriman kepada Allah dan qada’ & qadarNya. Apa yang peliknya, perkara yang sama telah berlaku di mana keadaan yang hampir serupa iaitu terjadi semasa di setiap penghujung semester pengajian saya. Sudah 3 semester saya mengaji part time di IPT Utara ini. Ia berlaku seolah-olah satu kebetulan kerana pada setiap penghujung semester. Peliknya, bila time saya tidak mengaji dulu, tiada pula berlaku insiden-insiden sebegini. Ada kalanya saya berasa hampir putus asa dan mahu sahaja menghentikan pengajian saya. Saya yakin semua ini adalah cobaan daripada Allah untuk melihat sejauhmana saya mampu untuk 'istiqamah' agaknya. Kejadian-kejadian begini secara tidak langsung telah mendekatkan lagi saya dengan keluarga dan membuatkan saya insaf dengan kekuasaan Allah dan sedar bahawa sebenarnya 'nikmat kesihatan' merupakan anugerah yang tidak ternilai. Allahuakbar..

Wallahualam.

Thursday, September 2, 2010

Rumah Allah



Rumah saya di kampong hanya terletak bersebelahan dengan masjid (kira-kira 20meter). Saya pernah sekali terlibat dengan kumpulan tabligh, saya melihat para tabligh ini sanggup berkorban meninggal keluarga, kerjaya dan harta demi niat utuk berdakwah. Saya pernah menyertai mereka pergi dari rumah ke rumah untuk memberikan tazkirah kepada tuan rumah. Pada saya, cara tersebut memang amat baik sekali dari segi matlamatnya. Namun, saya rasa ianya agak konvensional dan strereotype. Pada saya, para pendakwah kita perlu lebih kreatif lagi dan perlu mempelbagaikan cara yang lebih sesuai mengikut peredaran zaman. Dengan pengalaman kecil itu, saya mengetahui sedikit sebanyak mengenai program-program yang diadakan di masjid dan juga peranan sesebuah masjid.

Setahu saya, masjid tidak hanya sebagai tempat bersolat, tetapi juga untuk ibadah lain seperti tempat untuk menegakkan syiar Islam, tempat untuk menyampaikan dakwah & tumpuan ‘tabligh’, tempat untuk menyampai dan menuntut ilmu, tempat untuk bermesyuarat dan sebagainya. sepanjang saya tinggal di sebelah masjid, belum pernah lagi saya melihat non-muslim memasuki masjid itu. Jadi semasa itu, saya beranggapan bahawa masjid haram dimasuki oleh non- muslim.

Namun, pada satu ketika, saya melihat, bagaimana pelancong mulai dibenarkan memasuki Masjid Negara dan Masjid Negeri di Shah Alam. Dalam hati saya, ishh apa pasal kita benarkan pulak non-muslim ini memasuki masjid? Kalangan mereka ini pula adalah dari kaum wanita non muslim. Mereka disyaratkan memakai pakaian menutup aurat dan menjaga adab sepanjang ’lawatan’ mereka di dalam masjid. Lalu saya pun beranggapan bahawa masjid boleh dimasuki oleh non muslim dengan syarat mereka wajib mempunyai adab yang baik dan mengenakan pakaian yang menutup aurat sepanjang berada di dalam masjid. Biasanya pergerakan mereka dipantau oleh pengawal keselamatan. Saya lebih melihatnya dari sudut positif iaitu untuk berdakwah. Mungkin jika ditakdirkan, hati mereka ini terbuka dan tertarik untuk memeluk Islam selepas mereka melihat sendiri keindahan dan kesucian Islam..

Saya teringat kisah bagaimana seorang artis barat iaitu Cat Steven (Yusuf Islam) yang telah memeluk agama Islam selepas menerima hadiah iaitu sebuah kitab suci Al Quran dari rakannya. Pada kita mungkin cara tersebut agak janggal kerana khuatir mengenai bagaimana seorang yang bukan Islam hendak menjaga kesucian Kitabullah tersebut, tambahan pula Cat Steven bukan beragama Islam, mana mungkin beliau boleh mengambil wuduk dan menyentuh Al Quran?. Namun, niat yang ikhlas seseorang itu (rakan Cat Steven), dan juga atas kehendak Allah S.W.T, maka kitab tersebut dijaga dengan baik oleh Cat Stesen, malah Cat Steven mulai mendalami isi kandungan Al Quran tersebut dan akhirnya beliau tertarik dengan Islam lalu mengambil keputusan memeluk agama Islam. Beliau menukar namanya kepada Yusuf Islam.

Mungkin konsep yang sama bagaimana fungsi masjid boleh digunakan untuk tarbiyah, berdakwah untuk menarik minat non muslim ini memeluk agama Islam. Namun ia perlu dikawal oleh pihak yang dipertanggungjawabkan agar pihak bukan Islam tidak sewenang-wenangnya menggunakan Islam itu sebagai proksi kepentingan politik mereka semata-mata. Fungsi masjid perlu berupaya menarik generasi muda yang merupakan pelapis generasi masyarakat Islam akan datang. Saya juga pernah terbaca bagaimana pendakwah Kristian menyebarkan ’agama’ mereka dengan cara yang lebih menarik minat (secara fizikalnya). Saya juga risau dengan paderi kristian yang dilihat lebih kreatif dalam berdakwah di tempat-tempat strategik seperti IPTA dan sebagainya. Pernah saya melihat bagaimana pesakit HIV yang terbiar (beragama Islam) dibantu oleh kristian dan ditempatkan di pusat gereja kerana orang Islam tidak menerima mereka di dalam masyarakat. Lebih serius lagi apabila melihat terdapat sebahagian anak-anak muda kita yang telah murtad. Nauzubillah.

Sama juga kesnya dengan isu kalimah Allah yang digunakan oleh pihak kristian. Mungkinkah umat Islam masih lemah dan generasi muda (X,Y) zaman kini dan akan datang akan mudah terkeliru dengan kalimah Allah yang digunakan oleh Islam dengan kalimah Allah yang digunakan oleh kristian. Adakah konsep ’360 degree of turning over’ masih sukar dilaksanakan iaitu lebih melihat sesuatu isu sebagai satu peluang, di mana isu tersebut digunakan oleh umat Islam sebagai peluang untuk berdakwah dan peluang untuk menjelaskan bahawa Allah dalam erti kata yang sebenar-benarnya kepada bukan Islam dan umat Islam.

Berbalik kepada isu pokok, pada pandangan saya, Masjid dan Surau adalah intitusi Islam yang perlu dimuliakan, bukan sahaja sebagai tempat menunaikan Ibadah solat, tetapi sebagai Pusat Islam sejagat yang lebih berperanan dalam menjaga, membangunkan umat Islam dan pusat pendakwahan Islam bukan sahaja kepada umat Islam, tetapi juga kepada orang yang bukan beragama Islam sebagaimana amalan Rasulullah S.A.W satu ketika dahulu. Berbeza dengan Tanah Haram, pada bukan Islam semestinya diharamkan memasuki Tanah Haram kerana menjaga kesucian tempat tersebut. Malah dari rohaniah, tanah haram (mekah) adalah ’pusat bumi’ yang penuh dengan keajaiban Allah, mungkin tanah haram tidak dapat menerima kehadiran bukan Islam yang ’tidak bersih’ dari segi akidah dan syahadahnya. (Pernah saya terbaca cerita bagaimana orang bukan Islam yang tiba-tiba ghaib sebaik sahaja melintasi sempadan tanah haram) (wallahualam bissawab).

Pokok pangkalnya, dalam kita berdakwah, semestinya kita perlu menjaga kesucian masjid @ rumah Allah. Agama Islam itu adalah lebih luas dan perlu dijunjung dan diletakkan di atas sekali. Politik hanyalah sebahagian daripada Islam itu sendiri.

Wallahualam.
Bakri.

Thursday, August 19, 2010

ROCK



Semasa bersahur pagi ini, saya sempat menonton siaran astro berjudul ‘Rock’. Saya cuma tersenyum sendiri melihat cerita tersebut. Bukan kerana sebab komedi atau sinis, tetapi filem itu mengingatkan saya ke zaman remaja saya yang begitu gila kepada rock pada sekitar tahun 1989 – 1993. Saya masih ingat lagi pada ketika itu, saya amat meminati gitar dan semuanya bermula apabila abang saya yang sulung membeli sebiji gitar. Semasa saya bersekolah rendah, saya adalah orang yang meminati sukan bolasepak. Namun selepas diserang sakit gastrik dan dimasukkan ke dalam wad semasa tahun 1985, saya banyak menghabiskan masa di dalam rumah dan bermain gitar sahaja.

Saya belajar sendiri dan tidak pernah memasuki mana mana kelas muzik formal. Di kampong semasa itu, manalah ada kedai muzik untuk belajar semua tu. Saya banyak belajar daripada pemerhatian dari konsert, persembahan kugiran di dalam majlis kenduri kahwin dan menonton persembahan di TV. Oleh kerana minat yang terlalu mendalam di dalam bidang muzik gitar, saya membuat keputusan untuk lebih aktif lagi iaitu dengan menubuhkan kumpulan band sendiri. Zaman itu memang terkenal dengan era Rock dan arus tersebut menyebabkan saya turut hanyut di dalam Rock. Kumpulan band yang saya minati ketika itu ialah Wings, Search dan banyak lagi. Hampir semua lagu mereka saya dapat kuasai muzik dan gitar solonya.

Kumpulan saya yang pertama terdiri daripada rakan-rakan sekolah dan abang saya sendiri. Lead Gitar saya sendiri, Drummer ialah abang saya Yob, Bass ialah Kamal (kawan sekolah) manakala penyanyinya bersilih ganti. Penyanyi yang pertama ialah Ije (classmate sekolah), kemudian Egol dan kemudian diganti dengan Larkin. Bersama Larkin, kami sempat memasuki dua pertandingan Battle of the Band di Teluk Intan dan di Kampar. Semasa era pertandingan, pemain bass diganti oleh abang saya Yob manakala drummer diambil alih oleh abang saya juga iaitu Lan (Arwah Lan). Namun, kumpulan saya tidak berjaya memasuki separuh akhir disebabkan masalah teknikal. Antara pengadil yang pernah mengadili battle of the Band ialah Akhil Hayy dari kumpulan Riyadh (sekarang dah jadi Ustaz Akhil). Biasanya kami kerap jamming di Railway Studio Teluk Intan dan Manblack Studio di Kampar pada hujung minggu. Lagu yang selalu kami mainkan ialah lagu dari kumpulan May, Wings, Search manakala beberapa lagu Inggeris dari album Kumpulan Metallica dan Ygwie J Malmsteen. Pernah sekali semasa saya jamming di Kampar, kami lepak sekali dengan Abu (gitaris kumpulan May). Kami juga bermain di majlis-majlis perkahwinan. Semua itu terpaksa saya tinggalkan sebaik sahaja menerima tawaran menyambung pelajaran di Politeknik.

Semua itu kini menjadi kenangan manis zaman remaja dan ada peristiwanya yang tersendiri. Saya yakin, ramai lagi yang mempunyai pengalaman dan kenangan yang apabila setiap kali dikenang, pasti kita akan tersenyum sorang-sorang.

Salam,
Bakri.

EMAK



Bila bulan puasa menjelang, mungkin ada kalangan kita yang risau terutamanya yang mengalami penyakit gastric. Percayalah, itu sebenarnya hanya alasan sahaja. Saya sendiri adalah bekas pesakit gastric yang teruk dan gastric tidak pernah menghalang saya dari berpuasa. Saya masih ingat lagi, sudah ditakdirkan saya mengalami sakit gastric yang agak teruk semasa dalam darjah 5 (tahun 1985). Saya mengalami muntah yang teruk selama sebulan hingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad hospital di Teluk Intan semasa itu. Semasa di dalam wad, emaklah yang setia menunggu di sebelah katil sepanjang berada di dalam wad. Keadaan saya ketika itu hanya bergantung pada air dan kadangkala saya terpaksa menggunakan gas oksigen hospital untuk bernafas. Emak beritahu bahawa ketika itu agak kritikal dan hampir tiada harapan lagi untuk sembuh. Saya masih ingat lagi, emak memasang niat atau nazar, iaitu sekiranya saya kembali sembuh, emak akan mengadakan kenduri kesyukuran. Syukur alhamdulillah, saya beransur pulih dan sejak itu, emak tidak lagi membenarkan saya bermain bolasepak. Masa saya banyak dihabiskan di dalam rumah sahaja. Hal ini mengingatkan saya mengenai betapa emak sanggup mengorbankan masanya untuk menjaga saya di hospital. Kadangkala saya hampir menangis teringatkan kenangan ini kerana saya masih tidak dapat membalas pengorbanan emak, malah semasa emak diserang sakit jantung dan berada di dalam wad hospital dulu, saya tidak dapat menjaga emak di hospital. Tugas menjaga emak semasa itu hanya dibenarkan kepada kaum wanita sahaja iaitu kakak ipar saya. Kami adik beradik lelaki semuanya balik ke rumah. Semasa abang saya (Allahyarham Zailan) sakit dulu, emaklah orang yang setia menjaga di sisi arwah di kampung sehingga arwah Lan meninggal dunia pada 2003. Banyak lagi pengorbanan emak yang mungkin tidak dinyatakan disini. Mungkin betul juga kata orang, seorang ibu boleh menjaga banyak anaknya, tetapi beberapa orang anak tidak tentu lagi mampu menjaga seorang ibu. Jauh di dalam sudut hati saya sayangkan emak dan memang mahu berbakti. Namun keadaan memaksa untuk saya bertugas di perantauan dan komitmen dengan kerjaya dan kepada keluarga begitu tinggi sekali. Namun saya yakin, semua itu bukanlah alasannya.

Saya ingin berpesan kepada diri saya dan kepada semua rakan-rakan dan saudara, marilah kita bermuhasabah diri di bulan Ramadhan ini. Sekiranya kita masih memiliki emak atau ayah, rebutlah peluang ini untuk memohon ampun maaf dan berbakti kepada mereka. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari kerana peluang yang Allah beri sekali sahaja di dunia ini.

Sekiranya mereka telah tiada, sedekahkanlah doa kerahmatan ke atas roh mereka. Jika tidak sempat memohon ampun atau berbakti kepada mereka, mohon keampunan dari Allah dan berbaktilah kepada orang tua sebelah isteri atau kepada bapa saudara atau mana-mana orang tua yang ’similar’ sebagai ganti balas bakti kita.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku berdoa kepadaMu semoga dipermudahkan urusanku supaya niatku untuk berbakti kepada emak dimakbulkan suatu hari nanti. Amin.

Selamat Berpuasa.

Salam.
Bakri.

Monday, July 26, 2010

3 perkara asas ketenangan & kesenangan dunia

Pada petang tadi, semasa saya sedang memandu kereta di dalam perjalanan untuk ke pejabat, saya sempat mendengar radio Kedah.FM iaitu satu slot rakaman ceramah agama yang begitu menarik perhatian saya. Ceramah agama tersebut disampaikan oleh YBhg Ustaz Mohd Kadzim Al Hafiz. Beliau memberitahu, Rasulullah S.A.W pernah menyatakan bahawa untuk mendapat kesenangan tanpa kesibukan di dalam dunia ini hanya memerlukan 3 (tiga) perkara asas, di mana jikalau kita mempunyai lebih daripada 3 perkara asas tersebut, maka nescaya hidup kita akan menjadi semakin sibuk. Tiga perkara tersebut ialah:-

1) Sebuah kediaman
2) Pakaian (yang menutup aurat)
3) Makan dan Minum

Jika memilih untuk mempunyai lebih dari 3 perkara di atas, nescaya sibuklah kita di dunia ini. Contoh yang Ustaz beri ialah, membeli kereta. (kerana pengangkutan tak dinyatakan dalam 3 perkara asas). Memiliki kereta akan membuatkan manusia lebih sibuk. Contohnya, bila dah ada kereta, kena pula menjaga ‘maintenance’ kereta. Bila dah ada kereta, sibuk pula kena berjalan ke sana ke mari dengan perjalanan dan sebagainya. Pendek kata, mempunyai kekayaan yang melebihi dari keperluan 3 perkara asas di atas, akan menyebabkan manusia itu semakin sibuk. Wallahualam.

Kata Ustaz lagi, untuk memperolehi rumah atau kediaman yang tenang dan 'luas' bergantung kepada perkara berikut:-
- Bersedekah. Contoh bersedekah yang Ustaz beri ialah seperti menjemput orang miskin berbuka puasa di rumah dan sebagainya mengikut kemampuan.
- Menjaga kebersihan dalam rumah.
- Sentiasa menjaga keharmonian sesama keluarga di dalam rumah tersebut
o Contohnya : Isteri yang sentiasa menghargai apa sahaja pemberian si suami atau sebaliknya. (saling menghargai)
- Rumah yang sentiasa dikunjungi oleh tetamu.

Kata Ustaz lagi, Rasulullah pernah berpesan, ’Ambillah kamu dunia ini dengan cara ’pegang’ dunia dengan tangan tetapi jangan simpan dunia ini di dalam hati..’ dalam ertikata lain, Rasul tidak melarang kita mengejar dunia tetapi cukuplah dengan ’memegang dunia’ dan tidak terlalu mengejar dunia ini hingga berlebihan. Sebaliknya menggunakan dunia ini untuk mencari akhirat.

Walaupun sekejap sahaja saya mendengar ceramah ini, ia membuat saya terfikir semula. Kebanyakan kita di dunia ini sememangnya sibuk sebab memiliki perkara yang lebih dari perkara tersebut iaitu dengan memiliki TV atau Astro, memiliki kereta atau motosikal, memiliki telefon, memiliki saham/bisnes, memiliki harta-harta (yang memerlukan penjagaan) dan sebagainya.

Lantas saya juga terfikir satu lagi pesanan, orang yang memiliki harta itu tetapi kurang memiliki ilmu itu keadaannya lebih penat berbanding dengan orang yang memiliki ilmu tetapi kurang memiliki harta. Ia adalah kerana, harta memerlukan penjagaan daripada pemiliknya.

Harta – Manusia itu terpaksa menjaganya. Sentiasa ada perasaan takut dirompak, selalu menjadi sasaran dengki dan sebagainya.

Ilmu – Ilmu itulah sebaliknya yang menjaga manusia.

Wallahualam.
Bakri.

Saturday, July 24, 2010

Tenpayaki... Tempoyaki..


Saya rasa setiap orang mempunyai makanan kegemaran. Ada yang suka makan budu, ada yang suka makan durian, ada yang suka makan nasi kandar dan sebagainya. Kegemaran ini mungkin didorong oleh persekitaran, budaya atau latar belakang seseorang itu. Saya mempunyai satu makanan kegemaran sejak di kampung lagi iaitu durian. Apa sahaja makanan yang berasaskan durian memang saya minati. Namun yang paling saya suka ialah pada satu jenis makanan – gulai tempoyak!.

Emak saya memang sedia maklum tentang kegemaran saya ini. Setiap kali saya balik kampung, emak pasti masakkan gulai tempoyak untuk saya. Terima kasih mak. Emak memang sayangkan anak-anaknya, dan salah satu cara membalas kasih sayangnya ialah dengan memakan masakan tersebut hehe.. Gulai tempoyak masakan mak memang unik dan sukar untuk saya bandingkan masakan-masakan gulai tempoyak di tempat-tempat lain.

Semasa bertugas di Baling dulu dan apabila hendak balik ke kampung dan di dalam perjalanan, saya pasti akan singgah di satu tempat di panggil ’Tasik Raban’ di Perak. Di situ terdapat sebuah kedai makan yang menjual makanan nasi campur termasuklah ikan patin gulai tempoyak. Manakala jika saya melalui Lebuhraya, saya akan singgah di R&R Sungai Perak untuk makan nasi bersama ikan patin gulai tempoyak. Namun ia tak boleh lawan masakan gulai tempoyak mak. Kegemaran ini turut dikongsi oleh abang-abang saya kecuali adik saya yang sorang, Ijat. Jangankan nak makan tempoyak, cium bau durian pun dia tak lalu. Tapi saya tetap ’respect’ dia sebab pandai pula memasak mengalahkan kaum wanita. Lantas saya terfikir, makanan kegemaran itu kadangkala begitu subjektif, tidak semua orang menyukai sesuatu atau tidak menyukai sesuatu.. dan Allah S.W.T Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui akan sesuatu. Memakan makanan kegemaran adalah salah satu nikmat yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Saya bersyukur dengan nikmat yang saya terima.

Pada 23 Julai baru-baru ni, semasa dalam perjalanan balik dari bertugas ’outstation’ di Rawang, saya sempat singgah di kampung, Langkap untuk menjenguk emak. Saya hanya menelefon memberitahu emak untuk singgah di Langkap ’in short notice’ iaitu pada pagi tersebut. Sengaja saya tak memberitahu mak awal-awal, lagi pun saya tak mahu menyusahkan emak untuk memasak untuk saya. Namun apabila tiba di Langkap, emak dah pun siapkan gulai tempoyak untuk saya makan.. mak masih sempat juga memasak untuk saya.. saya amat terharu. Pehhh... then apa lagi, rezeki jangan di tolak bang.. haha.. segala pantang larang tolak tepi dulu.. bila jumpa tempoyak ni, susah nak ditolak walaupun baru kenyang makan benda lain. Nasib baiklah tak ada petai, kalau tidak satu periuk pun tak terasa.. Alhamdulillah, kini mak dah perturunkan resepi memasak gulai tempoyak ni kepada isteri saya. Masakannya not bad.. agaknya sebab itulah badan saya makin naik dan naik.. hehe..

Terima kasih mak.. Mak memang hebat. Kalau orang Jepun pandai masak ’Tenpayaki’, Emak pula memang pandai memasak ’Tempoyaki!.. hehe...

Wallahualam,
Bakri.

Saturday, July 3, 2010

Law Of Attraction

Semasa berkursus ‘leadership’ di Port Dickson sekitar tahun 2005/2006 yang lalu, salah satu syllabus program kursus tersebut ialah mengenai ‘Law Of Attraction’. Saya ingatkan ianya sesuatu yang baru, tetapi apabila diamati betul-betul, konsep Law of Attraction itu memang terdapat dalam Islam sebenarnya.

Apa ke bendanya Law of Attraction? Menurut definasi daripada Wikipedia, “The phrase Law of Attraction, used widely by New Thought writers, refers to the idea that thoughts influence chance. The Law of Attraction argues that thoughts (both conscious and unconscious) can affect things outside the head, not just through motivation, but by ther means.” . Ada yang menggelarkan konsep ini sebagai ‘sending message to the universe’ dan ada yang mengaitkannya dengan ‘the sixth sense’.

Apa yang boleh saya fahami, ‘Law of Attraction’ ialah ‘lintasan fikiran atau niat atau harapan atau ‘wish’ seseorang itu sama ada yang dibuat secara sedar (berdoa) atau tidak sedar.. yang mana ia memberikan kesan dalam bentuk realiti yang boleh dilihat”. Dari segi sainsnya, teori ini dikenali sebagai ‘metaphysic’. Ia merupakan ‘energy’ atau aura yang terdapat pada badan seseorang itu dan bagaimana ia dipancar keluar dan dimanipulasi oleh seseorang itu (biasanya untuk kebaikan). Setiap benda dan makhluk Allah itu ada medan aura tersendiri. Oleh kerana aura ini tidak nampak pada mata kasar, maka mungkin ramai yang kurang mempercayainya. Semua ini adalah kuasa Allah S.W.T, masih banyak ilmu yang masih belum diterokai oleh manusia. Saya yakin, kesemua persoalan tersebut ada terjawab di dalam Al Quran.

Pernah beberapa kejadian yang berlaku yang saya telah alami secara peribadi dan saya kaitkannya dengan teori Law of Attraction. Selepas mengetahui konsep Aura dan Law of Attraction, saya cuba mempraktikkannya, syukur alhamdulillah saya memperolehi apa yang saya hajati. Dalam dunia ini memang banyak perkara seperti kejadian ‘kebetulan’. Berikut adalah beberapa kejadian benar kejadian kebetulan yang saya perolehi daripada pengalaman rakan dan sebagainya.

Contoh 1: si pulan sedang memikirkan seseorang bernama ‘Ahmad’, tiba-tiba si pulan ini mendengar pula seseorang yang lain bercakap mengenai ‘Ahmad’. Tiba-tiba si ‘Ahmad’ ini menelefon si pulan. Lalu kita berkata, wahhh.. panjang umur si ‘Ahmad’.

Contoh 2: si pulan terlihat plet kenderaan yang lalu lintas sambil cuba meramal keputusan CGPA peperiksaannya. Kebanyakan kenderaan tersebut, didapati nombor plet 341, 3401,3410 dan sebagainya berulang-kali. Lalu beliau berharap, agar grednya adalah seperti nombor-nombor tersebut. Tidak lama selepas itu, si pulan menerima keputusan peperiksaannya dengan CGPA 3.41. Kejadian ini seolah-olah ingin memberikan ’hint’ kepada si pulan ini mengenai keputusan peperiksaannya.

Kita juga jangan terlupa, kejadian kebetulan itu sebenarnya adalah ’qada dan qadar’ atau perancangan Allah S.W.T sejak azali. Sebagai seorang yang beragama Islam, konsep ‘berdoa kepada Allah’ itu adalah konsep lebih tepat lagi kerana semua yang berlaku adalah di atas keizinanNya dan kuasaNya yang Maha Hebat. Setiap sesuatu yang kita lakukan itu pula mestilah untuk kebaikan dan manafaat kepada manusia dan tidak menyimpang dan menyalahi ajaran agama kita. Apa yang paling penting di sini ialah kita berdoa, berusaha dan bertawakal.

Wallahualam.
Bakri.

Sunday, June 27, 2010

Muhasabah Diri : Di sebalik Ayat 286, Surah Al-Baqarah

Tidak semua manusia itu sempurna dan konsisten. Tetapi setiap manusia itu Allah telah tetapkan kelebihan dan kekurangannya. Kita boleh lihat contoh paling mudah iaitu diri sendiri. Saya kini melakukan tugas yang saya rasa memang sesuai dan inilah sebenarnya yang Allah tetapkan berdasarkan kekuatan yang ada pada seseorang hambaNya. Cuba katakan saya disuruh buat kerja buruh membina bangunan, sudah tentu diri saya ini tiada kemampuan. Namun lain pula bagi seorang buruh binaan, mereka ada kemampuan melakukan kerja tersebut dan tiada kemampuan melakukan kerja yang saya bauat agaknya. Wallahualam. Kita boleh rujuk pada satu ayat Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah, Ayat 286 yang bermaksud lebih kurang begini,.. ”Allah tidak menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya itu...” Apa sahaja kerja yang sedang dilakukan oleh kita itu sentiasa akan diuji oleh Allah kerana kita mempunyai kelebihan dalam bidang tersebut, dan Allah tidak akan meletakkan ujian sekiranya ia diluar keupayaan kita. Pendek kata, kita sebenarnya mampu mengharungi ujian Allah, cuma yang membezakan atau punca kegagalan ialah diri kita sendiri iaitu sekiranya kita telah tergelincir atau telah melencong dari jalanNya. Di dunia ini ada ujian, di alam barzakh ada ujian, malah di akhirat juga ada timbang tara oleh Allah. Begitulah betapa hebatnya perancangan Allah terhadap makhlukNya. Sama-samalah kita berdoa kehadrat Allah, agar kita diberikan hidayahNya, diberikan kekuatan dan ditetapkan hati agar dapat mengharungi ujian Allah ini dengan baik hendaknya.. Amin.

Wallahualam.
Bakri.

Tuesday, June 1, 2010

Yahudi serang flotilla kapal bantuan kemanusiaan Gaza

Allahuakbar. Geram rasanya bila melihat puak Yahudi laknatullah masih bermaharajalela di bumi Palestin. Malaysia dan PBB pula hanya mampu ‘mengutuk’ dari jauh dengan menggunakan selemah-lemah iman. Pelik betul rasanya, itulah sahaja tindakan yang dapat kita buat iaitu ‘mengutuk’. PBB seperti biasa akan meluluskan usul setakat ‘mengutuk’ atau memberi amaran kepada israel. Hmmm… begitulah keadaan dunia yang ada.

Difahamkan setakat ini belum ada sebarang maklumat yang diterima berkaitan nasib semua rakyat Malaysia di dalam kapal yang diserang dan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh. Menurut laporan agensi berita asing, Israel telah menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditahan di dalam kapal itu dan akan mengusir 48 yang lain.

Jika dikenang menerusi sejarah Islam, Nabi s.a.w sendiri pernah ‘berurusan’ dengan puak Yahudi ini di mana pada awalnya Nabi S.A.W mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar. Namun Yahudi khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir. Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab pula, memberikan Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Kejahatan Yahudi bukan setakat disedari oleh orang Islam, malah oleh bangsa lain contohnya seperti Hitler di Jerman sekitar tahun 1919, Hitler Nazi dikatakan telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia. Zionis mendirikan negara mereka iaitu Israel di atas bumi Palestin yang dirampas pada 15 Mei 1948 sebaik saja British mengumumkan pengunduran tentera bantuan mereka di Palestin. Amerika Syarikat menggunakan kuasa ‘veto’nya mengiktiraf negara haram Israel. Kini rakyat Palestin menjadi ‘pendatang’ di bumi sendiri. Ini mencetuskan peperangan di antara Zionis dan penduduk Palestin. Manakala pemimpin negara Arab berdekatan seolah-olah ‘diikat’ oleh Barat, gagal membantu jiran mereka.

Pernah beberapa ketika, kita kempen boikot produk yang ada kaitan dengan Amerika/Israel, tetapi orang melayu kita ni bersifat sentimen agaknya. Lama-kelamaan lupa, mereka pakai semula barangan Amerika/Israel. Trend kezaliman ini tidak nampak jalan pun untuk berakhir. Kadang-kadang sebagai muslim, saya rasa frust juga tapi apakan daya, itulah kenyataan yang perlu dihadapi.

Marilah kita sama-sama membaca doa qunut nazilah bagi memohon Allah menghancurkan puak Yahudi laknatullah ini.

“Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.
Wahai Tuhan yang gagah perkasa.
Wahai Tuhan yang penuh raksasa.
Wahai Tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka. Menangkan kami ke atas Al-kaafirun Menangkan kami ke atas Al-Musyrikun. Ameen ya rabbal ‘alamiin

Wallahualam.
Bakri.

Saturday, May 22, 2010

Pengurusan Masa (Compartmentalize)!


Kita sering mendengar ayat lebih kurang begini.. “aku memang nak buat, tapi sibuk sangat dan masa tak ada..”… kita kadang-kala terlalu sibuk hingga tak dapat nak beri keutamaan kepada yang mana satu... benda ni juga sering berlaku termasuk pada diri saya hingga terabai dan terlepas pandang terhadap perkara penting... ! Walhal masa yang diperuntukkan adalah sama sahaja iaitu 24jam sehari. Allah S.W.T telah pun menetapkan quota masa 24 jam sehari tersebut kepada hambaNya untuk berusaha mencari rezeki, melakukan ibadat solat 5 kali sehari, dalam masa yang sama wajib melaksanakan amanah sebagai pelajar, bapa, isteri, anak, pekerja, jiran tetangga, rakan dan sebagainya..

Kadang-kadang rasa teringin juga nak berjalan-jalan apabila melihat rakan-rakan lain boleh berehat bersama keluarga sambil pergi melancong ke sana sini malah ada mempunyai kemampuan bercuti ke luar negara.. diri saya ini mungkin agak ketinggalan sedikit.. tidak melihat dunia ’luar tempurung’.. ada juga kadang-kadang saya terima rungutan dari rakan2 mengenai betapa sibuknya mereka hingga tak sempat nak menyiapkan tugas-tugas lebih2 lagi tugas2 bukan ’core’ yang diberikan oleh boss mereka.. tapi dalam kesibukan itu, saya tengok mereka masih sempat pula meluangkan masa dengan pergi memancing beberapa hari dan sebagainya.. confuse saya dibuatnya..

Berehat pun memang perlukan masa, tetapi berehat pun ada hadnya. Contohnya tidur, jika terlebih tidur pun akan melemahkan badan kita dan begitulah juga sebaliknya. Teknik pengurusan masa yang diperkenalkan oleh ’Venga’ itu memang bagus tetapi rasanya masyarakat kita masih belum mencapai tahap disiplin yang sebegitu.. sekiranya kita sibuk dengan kerja, mungkin hal-hal keluarga kita, Allah ringankan... jika kita terlalu relax dalam kerja, mungkin kita akan hadapi masalah selain daripada kerja... seperti masalah keluarga, kewangan dan sebagainya. Jarang sekali kita dengar orang yang relax kerja pejabatnya dan dalam masa yang sama relax dalam urusan keluarganya.. ataupun sibuk dengan kerja pejabatnya dan sibuk pula dengan urusan keluargnya.. saya yakin, hidup kita ini Allah sudah tetapkan keseimbangannya..

Semasa menghadiri kursus ’team building’ di Langkawi sekitar 2002 dulu, konsultan yang mengendalikan kursus tersebut ada bercerita tentang soal pengurusan masa.. kata beliau, soalnya ialah bukan soal masa yang cukup atau tidak cukup, tetapi ialah soal kebijaksanaan menguruskan masa dan meletakkan ’priority’... yang beliau panggil ’compartmentalize’.. perkataan ini memang saya ingat sampai sekarang..

Analoginya adalah seperti rajah di atas.. iaitu guli atau batu yang berlainan saiz dimasukkan ke dalam satu balang.. balang itu diibaratkan quota masa 24jam.. manakala guli atau batu itu diibaratkan urusan atau kerja kita.. dalam balang tersebut, diisi penuh dengan guli atau batu itu sehingga penuh melambangkan kesibukan kita dalam 24jam itu.. namun, cuba kita lihat betul-betul.. dalam balang masih ada ruang-ruang kecil (bertanda X) dalam tindihan tersebut..itulah dia 'lebihan masa' yang wujud ditengah2 kesibukan dan kesempatan itu perlu digunakan sebaik-baiknya.... ramai usahawan yang berjaya melaksanakan konsep tersebut dan oleh itu ramai juga yang pelik melihat bagaimana mereka boleh ada masa bersama keluarga, dalam masa yang sama amat sibuk dengan urusan perniagaannya.... dan mereka ini pula masih sempat melakukan hobi seperti bermain golf dan sebagainya.. dan mungkin itulah dia sebenarnya rahsia mereka iaitu ’COMPARTMENTALIZE’..

Menulis blog ini pun kalau diikutkan memang saya pun tak ada masa.. tapi alhamdulillah, ruang masa itu boleh dicari.. walaupun kita ada kelemahan untuk melaksanakan teori ini.. namun apa yang penting ialah kita akan terus berusaha dan berusaha.. semuanya ada dalam kawalan minda kita sebenarnya.. pesanan ini juga untuk diri saya sendiri...

Wallahualam.
Bakri.

Saturday, May 15, 2010

Pendekatan Customer First

Semasa saya berusia 17 tahun (selepas tamat SPM), saya pernah bekerja sebagai Sales Assistant di sebuah Pasaraya ‘Keramat Supermarket’ di Chow Kit road. Pada setiap pagi, sebelum pintu pasaraya dibuka, saya akan diarahkan oleh pengurusan untuk berdiri di tepi pintu sambil mengucapkan ‘selamat datang’ kepada setiap pelanggan yang masuk selama lebih kurang 5 minit. Manakala dalam 5 minit sebelum pasaraya ditutup lebih kurang jam 9.55pm, sekali lagi saya diminta berdiri ditepi pintu sambil mengucapkan ‘terima kasih..sila datang lagi’ kepada setiap pelanggan yang keluar. Begitulah aktiviti tersebut dilakukan pada setiap hari tanpa gagal. Semasa ucapan diberikan kepada setiap pelanggan, saya dapat melihat wajah mereka gembira dan apabila bertugas sebagai Pengurus Cawangan dulu, saya pernah terfikir, kenapa tidak dilakukan sedemikian rupa di stesen saya. Ia mungkin nampak janggal, tetapi apa sebenarnya ‘expectation’ atau apakah sebenarnya yang mereka harapkan daripada perkhidmatan kita?. Kini pendekatan mungkin berbeza..
Saya masih teringat semasa mula-mula bertugas di Baling, saya menyewa sebuah rumah di Taman Saga Baling. Jiran saya (saya panggil Pak Razak) adalah seorang pemimpin taman tersebut ketika itu. Kadangkala beliau mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Taman pada sebelah malam di mana saya selalunya dijemput sama. Saya mengambil kesempatan tersebut memberikan penerangan mengenai operasi dan peranan stesen tempatan. Saya juga bersyukur kerana dapat menyelesaikan beberapa isu ‘common’ tetapi panas ketika itu iaitu isu ‘lampu jalan’ sebelum perkara itu naik ke peringkat atasan. Sejak itu, saya mulai merangka strategi bagi tujuan mengurus persepsi orang awam terhadap syarikat. Saya cuba menjalinkan perhubungan baik dengan rakan-rakan ketua Jabatan Kerajaan yang lain seperti JKR, JBA, YB, DO, wartawan sambilan dan sebagainya. Dengan cara itu, isu-isu yang dibangkitkan dapat diatasi di peringkat tempatan sahaja walaupun mungkin ada sedikit yang terlepas keluar juga di akhbar namun ia berjaya diatasi. Selepas itu, program dialog seperti CLOP (Community Leader Outreach Programme) diadakan di Kupang. Pengalaman jadi PC Baling telah ‘mendewasakan’ dan mematangkan diri saya dalam untuk menguruskan stesen, belajar hidup bermasyarakat dan menguruskan keluarga.
Semasa di Jitra pula, saya sememangnya menyedari bahawa keadaan di situ adalah jauh lebih mencabar. Tambahan pula, saya memang pernah jadi Jurutera Senggaraan di Jitra selama 9 bulan pada tahun 2002 dulu. Antara isu yang menjadi perhatian utama saya ketika itu ialah mengenai masalah peningkatan beban yang bermusim di kawasan Kubang Pasu semasa musim menuai padi. Kedah adalah negeri Jelapang padi dan Kubang Pasu antara kawasan terbesar yang mengeluarkan padi Negara. Projek pengukuhan sistem bekalan elektrik Kubang Pasu dilihat perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat dan saya berfikir ia akan memakan masa tidak kurang dari tiga tahun lamanya. Saya tak boleh tunggu selama itu lebih-lebih lagi oleh pengguna. Justeru itu, saya telah mengadakan perjumpaan dengan semua Pengurus-Pengurus Kilang Padi daerah Kubang Pasu dan bertanya sendiri masalah mereka setiap kali musim padi bermula. Selain masalah ‘sistem operasi’ dan mereka tidak mahu melihat kerugian berlaku setiap kali ‘breakdown’, apa yang saya lihat yang sebenarnya mereka juga adalah manusia biasa dan memerlukan perhatian (care). Jadi misi saya seterusnya ialah ‘caring the customer’.
Lantaran daripada itu, saya mulai menyimpan nombor-nombor telefon penting atau ‘contact person’. Saya membuat sedikit semakan system pembekalan ke kilang-kilang terbabit disamping memperkemaskan system komunikasi antara Authorise Person, Pusat Pengurusan Bekalan dan Pegawai tunggusedia. Setiap kali tripping berlaku dan melibatkan Feeder ke Kilang berkenaan, saya akan segera ‘call’ atau SMS kepada ‘tauke’ kilang padi yang terlibat. Rupa-rupanya panggilan atau SMS saya itu mengejutkan mereka kerana tidak menyangka kami lebih cepat bertindak berbanding sebelumnya. Seboleh-bolehnya, sebelum mereka menelefon saya mengadu ‘blackout’ di kilang padinya, saya terlebih dahulu yang memberitahu mereka. Dengan cara mengemaskini ‘sistem informasi’ melalui SMS sahaja, kita telah berjaya mengubah persepsi pengguna walaupun operasi masih sama sahaja iaitu AP membuat penyuisan dan memakan masa lama juga. Dengan cara itu juga, kita bukan sahaja dapat menjaga persepsi dan imej baik terhadap syarikat, tetapi ia sebenarnya juga dapat mencipta satu hubungan baik dengan customer. Dengan kaedah tersebut, saya tidak lagi menerima maki hamun, sebaliknya menerima ucapan terima kasih daripada mereka pada setiap kali. Pujian daripada pengguna ini biasanya saya ‘transfer’ dengan anggota kerja terlibat yang sepatutnya lebih layak menerimanya atas susah payah mereka menangani tripping/breakdown. Konsep menjaga ‘perasaan’ dan ‘impress’ pengguna ini juga saya lakukan kepada pengguna-pengguna lain.

Pernah satu ketika, saya didatangi oleh seorang pengguna yang panas baran ke bilik saya. Pengguna ini tidak berpuashati kerana mendakwa syarikat saya gagal memotong bekalan ke rumahnya menyebabkan tunggakan yang tinggi. Penyewa rumahnya pula telah hilang entah kemana. Lalu saya membuat keputusan untuk cuba menggunakan pendekatan psikologi.. Firstly, ‘divert the issue’ dan memenangi hatinya serta cuba meletakkan ego ke tepi. Saya lalu membuka cerita lain dan ‘bersembang’ dengan cuba berkenalan lebih rapat dengan beliau. Beliau mula naik seronok dan bercerita tentang jirannya, aktivitinya dan lain-lain lagi. Semasa itulah juga saya cuba masuk sikit-sikit bab tunggakan tersebut. Lebih kurang sejam saya bersembang, lama-kelamaan beliau dah lembut hati dan bersetuju membayar semua tunggakan semasa itu juga (dengan cek). Sebelum beliau keluar bilik saya, beliau berkata, ‘I bayar sebab you.. kalau ikutkan hati, memang I tak mau bayar, tapi you punya pasal…. bla.. bla….. ‘. Dalam hati saya, tak kisahlah beliau nak kata apa pun, yang penting sekali syarikat dah berjaya mendapatkan kembali tunggakan tersebut dan kes aduan ditutup. Alhamdulillah.

Saya yakin, ramai lagi rakan-rakan kita di dalam organisasi seperti GLC mempunyai pengalaman-pengalaman jauh lebih hebat dengan pelbagai karenah pengguna yang mungkin tidak sempat untuk dikongsikan bersama.
Ada satu falsafah yang mungkin kita boleh renungkan bersama seperti berikut:

‘’Customers don’t care how much we know about them;
But they really want to know how much we care about them’’


Wallahualam,
Bakri.

Apa yang pentingnya Leadership?



Menurut sebuah buku bertajuk ‘The Leadership Experience in Asia’ tulisan ‘Ghee and Daft’, leadership didefinasikan sebagai ‘an influence relationship between Leader and Follower who intend real changes and outcomes that reflect to a shared purpose’. Dalam bahasa yang mudah difahami, Leadership ialah ‘Keupayaan seseorang pemimpin mempengaruhi subordinate nya yang mana berhasrat untuk melakukan perubahan .. bla.. bla……..’. Key word di sini ialah untuk mengurus ‘perubahan’. Ada pendapat mengatakan ‘leader is born’ dan ada yang mengatakan bahawa leader boleh dibentuk. Rupa-rupanya, kalau nak diikutkan, terlalu banyak teori boleh diperolehi mengenai ‘leadership’ ni. Dalam zaman IT ni, taip sahaja perkataan leadership dalam mana-mana browser seperti google dan sebagainya, sekelip mata beratus-ratus rujukan boleh kita perolehi. Teori dan model yang berkaitan dengan faktor sikap, faktor persekitaran , faktor situasi dan sebagainya maka lahirlah teori seperti Traits, Dyadic, Fiedler, Hersey and Blanchards, Houses path Goal, Vroom Jago, Big 5, Herman’s Whole Brain, Robert Kelly dan sebagainya. Hakikatnya teori ini lahir daripada pengalaman dan sejarah kemudian dizahirkan sebagai teori yang disimpulkan oleh beberapa pengkaji dunia akademik.
Semasa di Perlis pada 1997 dulu, saya pernah bekerja di bawah seorang Pengurus Wilayah yang saya lihat mempunyai kemahiran dan ‘tools’ untuk ‘inspire’, ‘convince’ atau ‘mempengaruhi audien’ melalui ucapan dan analoginya. Pencapaian cemerlang beliau sebelum itu di stesen-stesen lain dan selepas itu menerajui Perlis & Selangor menyakinkan saya bahawa beliau adalah seorang leader yang mempunyai ‘real objective’ walaupun kadangkala pendekatan beliau tidak disenangi segelintir kecil anggota kerja. Bagi saya, beliau mempunyai ciri-ciri ‘Business Leader’ yang diperlukan oleh organisasi dan beliau adalah bakal pemimpin masa depan organisasi ini. Kini, tekaan saya itu menjadi nyata kerana kini beliau adalah pemimpin nombor dua selepas beliau baru-baru ini dilantik sebagai COO.
Sebenarnya, saya mulai memberi perhatian dan menyedari prinsip ‘leadership’ selepas saya ditukarkan sebagai Pengurus Cawangan di Baling pada Mei 2003 dulu. Sebenarnya, saya seorang yang pendiam dan berat mulut sejak dari kecil lagi. Sepatah orang bertanya, maka sepatah juga yang saya jawab.. hehe.. Namun apabila terpaksa mengetuai stesen dan mempunyai ramai pula subordinates, saya telah memecah tradisi ini dengan lebih banyak bercakap dengan subordinates. Perubahan ini secara positifnya telah membentuk semula diri saya supaya menjadi ‘pengantara’ yang lebih baik dan ‘develop my communication skill’. Di samping itu, saya membuat ‘observation’ terhadap beberapa ‘leader’ di dalam skop organisasi tempat saya bekerja. Saya cuba menjadikan beberapa pemimpin sebagai mentor dan tiru sahaja apa yang mereka buat. Dengan sedikit pembacaan buku-buku leadership yang simple, saya cuba mempraktikkan pendekatan tersebut. Syukur alhamdulillah, secara peribadi, saya berpuashati dengan percubaan dan pendekatan ‘teamwork’ di stesen Baling selepas 4 tahun bertugas di sana. Jika leader dan subordinate bekerjasama sebagai satu pasukan, maka akan lebih mudah lagi untuk kita ‘accomplish’ misi kita. Ini boleh dibuktikan melalui model graf ’leadership grid’, Team Management style (The Leadership Grid – 9,9) seperti rajah.

Selepas itu, saya ditukarkan ke stesen Jitra pada penghujung 2007 sebagai Pengurus Cawangan juga. Kali ini, disamping mempraktikkan pendekatan Baling, saya membuat beberapa pengubahsuaian dan perubahan kerana jumlah anggota kerja saya ketika itu melebihi 100 orang berbanding 60 di Baling. Stesen yang agak besar dan mencabar ketabahan saya. Namun, semua itu tidak menjadi penghalang kerana saya amat yakin bahawa, selain sedikit pengetahuan dan kemahiran teknikal, pertama sekali leader kena ‘set a mission, inspire and motivate subordinates and make a few bravery decisions’. Saya lebih selesa dengan sistem pengurusan secara ‘participative’ atau ‘people oriented’ dan pendekatan ‘to develop a teamwork spirit’. One other thing is, having a follower is a better, instead of having a subordinates. Subordinate hanya melaksanakan kerja di dalam skop kerjanya sahaja (setakat yang diarahkan) tetapi ‘follower’ akan melaksanakan kerja lebih dari skop kerjanya. Biasanya ‘follower’ mempunyai sifat pengorbanan dan daya tahan lebih baik lagi. Namun untuk mengubah ‘subordinate’ kepada ‘a good follower’ semestinya memerlukan ‘leadership’ yang mantap. Saya bernasib baik kerana berpeluang mengikuti beberapa siri LDP (leadership development programme) yang dianjurkan oleh ILSAS sedikit masa dahulu. Kursus tersebut amat bermakna kepada saya.

Berbeza dengan syarikat franchise yang lain seperti McDonald, KFC yang hanya memerlukan seorang ‘Manager’, Organisasi GLC memerlukan lebih daripada itu (iaitu seorang Leader) kerana sedikit sahaja berurusan dengan ‘mesin’. ‘Managing a human’ adalah lebih kritikal dan seorang leader perlu tahu ‘how to inspire’ dan memimpin ‘subordinates’ yang mempunyai pelbagai karenah disamping perlu berurusan dengan pengguna termasuk ‘stakeholders’.
(Stakeholder bukan setakat ‘shareholder’ yang memegang saham syarikat, stakeholder dalam konteks GLC ialah pihak Kerajaan yang diwakili oleh wakil rakyat yang juga mewakili rakyat Malaysia).

Trust your instinct

Satu lagi perkara penting yang jarang ada di dalam teori ialah ‘Trust your Instinct’. Kisah ini benar-benar berlaku semasa bertugas sebagai PC. Membuat rondaan sistem adalah sebahagian daripada aktiviti saya, kebanyakan tiang di Baling masih banyak menggunakan tiang kayu dan besi. Projek menukar bare kepada ABC dan tiang kayu kepada spun konkrit akan memakan masa. Jadi, kita perlu setkan ‘priority’ berdasarkan pemerhatian. Semasa rondaan, saya mendapati satu kawasan iaitu Kg Teluk Temelah amat memerlukan tindakan kerana selain masalah tiang kayu, beberapa talian didapati rendah dan ada yang jatuh menyembah bumi. Sebenarnya, ada di kawasan lain juga memerlukan projek seperti itu dan Kg Teluk Temelah tidak dimasukkan dalam senarai pun ketika itu. Namun, jauh di dalam hati kecil atau ‘instinct’ saya, kampung tersebut wajib dijadikan keutamaan. Dipendekkan cerita, sebaik projek dimulakan di kawasan berkenaan, keluarlah satu berita di dada akhbar yang mengadu tentang keadaan system di situ. Saya terfikir, kalaulah saya tidak sensitif ketika itu, apa agaknya akan jadi? Mungkin semasa itu barulah kelam kabut nak buat paperwork dan sebagainya, dan apa pula persepsi pengurusan dan orang awam terhadap saya. Dengan sudah berjalannya projek itu, saya tidak menghadapi masalah untuk menjawab aduan akhbar tersebut. Sebenarnya ada beberapa lagi kejadian yang lebih kurang serupa berlaku selepas itu termasuk di Jitra. Alhamdulillah, semua dapat diatasi dengan lancar. Pengajaran yang saya dapati ialah, seseorang leader wajib sensitif kepada ’instinct’nya dan perlu segera mengambil tindakan yang sesuai selepas itu.

Manager Vs Leader

Sesetengah orang kata, leader atau manager sama sahaja. Namun sebenarnya ada perbezaan di antara keduanya. Berikut adalah beberapa perbandingan atau perbezaan di antara Manager atau Leader yang saya ambil daripada Internet untuk dikongsi dan rujukan bersama. Maklumat berikut juga merupakan salah satu ‘assignment’ saya ketika berada pada semester pertama kursus MBA. Sesetengah orang mungkin melihatnya sebagai satu ‘assignment’ semata-mata, namun bagi diri saya, ia memberikan kesan jauh lebih besar daripada itu.
Managers administrator; leaders Innovate.
Managers ask how and when; leaders ask what and why.
Managers have subordinates, leaders have followers
Managers focus on systems; leaders focus on people.
Managers do things right; leaders do the right things.
Managers maintain; leaders develop.
Managers manage emergency, leaders have a sense of urgency
Managers rely on control; leaders inspire trust.
Managers have short-term perspective; leaders have long-term perspective.
Managers accept the status-quo; leaders challenge the status-quo.
Managers have an eye on the bottom line; leaders have an eye on the horizon.
Managers imitate; leaders originate.
Managers emulate the classic good soldier; leaders are their own person.
Managers copy; leaders show originality.
Managers for stability, leaders look for a change
Managers concern on control, leaders empowerment
Managers concern for competition, leaders concern on collaboration
Managers maintain ‘things’, leaders maintain people & relationship
Managers always a good speaker, but leaders is a good listener
Managers look for uniformity, leaders look for diversity
Secara praktikalnya, untuk menjadi manager mungkin mudah, tetapi untuk menjadi leader adalah lebih mencabar dan pengalaman yang diperolehi merupakan perkara yang jauh lebih berharga daripada teori. Di dalam agama kita, manusia dilahirkan untuk menjadi khalifah yang baik atau setidak-tidaknya menjadi pengikut yang baik kepada khalifah tersebut. Dalam organisasi, saya yakin bahawa kita bukan sahaja memerlukan seorang Pengurus atau ‘Manager’, tetapi juga memerlukan seorang ‘Leader’ yang mempunyai kriteria minima ‘leadership’. Kadangkala kita perlu menjadi Manager, kadangkala kita perlu menjadi ‘Leader’. Kita semua sebenarnya adalah leader. Sama ada ‘leader’ kepada sebuah keluarga, ataupun setidak-tidaknya leader kepada ‘diri sendiri’!

Wallahualam bissawab.
Bakri

Mengingati Mati

Biasanya orang jarang sekali dan tidak mahu membicarakan soal kematian kita. Mungkinkah kerana kita belum bersedia untuk menghadapinya? Sebijak-bijak manusia, ialah orang yang banyak mengingati mati. Hakikat kehidupan di dunia ini, kematian akan berlaku pada sesiapa sahaja. Saya kehilangan ayah atau kami panggil ’Apak’ yang meninggal dunia pada tahun 1985. Saya juga kehilangan abang saya Lan (no 3) yang kembali ke rahmatullah semasa beliau berumur 33 tahun pada tahun 2003. Kedua-dua kejadian seperti mimpi dan kehilangan mereka memberikan kesan yang amat besar kepada saya. Sebaik sahaja mereka meninggal, saya pasti akan bermimpi berjumpa dengan arwah seolah-olah menafikan realiti dan menganggap kematian mereka adalah mimpi semata-mata. Namun setelah sekian lama, kenyataan dapat saya terima sedikit demi sedikit. Kejadian tersebut sedikit sebanyak mematangkan pemikiran saya.

Semasa hidupnya, saya pernah berbual dengan Arwah Lan, bagaimana agaknya bila berada di alam barzakh ye..? Bagaimana rasa sakitnya semasa sakratul maut (umpama ditetak 80 kali dengan pedang). Lan seorang yang berilmu juga dari segi agama. Kini beliau sudah pun merasai sendiri kematian dan sudah berada di alam barzakh. Saya pun tak pasti apa nasibnya di alam tersebut. Memang dunia kita dah berbeza sama sekali. Kadang-kala saya tak boleh tidur bila memikirkannya. Lan merupakan abang saya paling lasak di kalangan adik beradik saya. Dia juga seorang yang ramah disukai oleh orang kampung, dan serba boleh serta buat hampir semua jenis kerja, dari panjat pokok kelapa, bawak trailer, technician dan banyak lagi kerja yang dibuatnya. Namun Allah S.W.T telah menetapkan takdir sampai masanya untuk kembali. Lan mengalami sakit dipanggil ’Meningitis’, iaitu terdapat ’nanah’ dalam kepalanya. Manakala Arwah Apak yang bertugas sebagai guru meninggal dunia kerana penyakit Gastrik dan muntah darah.

Kadang-kadang terfikir juga, bila agaknya giliran saya? Sudahkah saya bersedia? Cukup ke bekalan untuk dibawa? apa nasib yang bakal diterima di sana..? Bagaimana dengan hutang-hutang yang masih belum dijelaskan..? bagaimana pula nasib anak-anak dan isteri yang ditinggalkan..? kalau boleh, biarlah saya sempat berbakti kepada Ibu saya sebelum salah seorang dari kami pergi.. kalau boleh biarlah saya sempat memberikan sumbangan kepada syarikat dan bermanafaat kepada manusia yang lain.. memang sudah ada rakan-rakan yang meninggal mengejut akibat kemalangan jalanraya, dan mereka juga sudah tentu belum bersedia agaknya, tetapi mati tetap akan berlaku dan ia berlaku sekali sahaja di dunia ini dan agak mustahil untuk Allah beri peluang kedua untuk kita hidup kembali bagi membetulkan semula ’tunggakan’ di dunia. Seperti juga saya, mereka pun tentunya tak sangka sama sekali akan meninggal dunia. Namun, manusia (termasuk saya) mudah sangat lupa dan terpedaya dengan sandiwara dunia. Sesetengah orang menjaga hubungan dengan Allah semata-mata dan terlupa bahawa kita ada tanggungjawab menjaga hubungan sesama manusia. (Habluminallah, Habluminannas). Kalau ada dosa dengan si pulan, wajib kita memohon maaf daripada sipulan tersebut. Kita mungkin boleh lepas ujian hubungan dengan Allah, tetapi agak malang sekali jika hubungan sesama manusia pulak tersangkut. Allah kata, jika kita tak settlekan problem dengan si pulan tersebut di dunia ini, maka sukarlah untuk kita terlepas di sana. Nauzubillah. Jika kita semua mengingati mati, nescaya pertelingkahan ini tidak berlaku agaknya.

Ada pandangan, nikmat semasa hidup hanya sekali dan kita tak pasti sama ada boleh menikmatinya di alam lain. Oleh itu, ada kalangan kita yang memilih untuk bermewah semasa di dunia kerana peluang mereka mungkin tipis untuk ke syurga. Pada saya, tanggapan tersebut ada benar dan ada silapnya.. saya teringat kata-kata ustaz saya lebih kurang begini.. ’’kita perlu ingat bahawa dunia ini hanya 1% sahaja dan bersifat sementara, 99% atau kehidupan yang kekal yang sebenarnya adalah di sana. Namun begitu, ibadat & amalan hidup 1% di bumi inilah yang akan menentukan nasib 99% hidup di sana..’’. Jadi bukanlah kita tidak boleh bermewah, namun kita perlu bersederhana dalam segala hal termasuk bersederhana dalam berhutang dan berbelanja. Di dalam dunia sekarang, semua yang kita anggap mewah suatu ketika dulu, kini menjadi keperluan pula atas sebab persekitaran ’trend’ hidup masa kini. Contohnya, penggunaan telefon bimbit dan memiliki kenderaan. Dulu ia mungkin dianggap bermewah, tetapi kini ia dianggap satu keperluan hidup. Oleh itu, keperluan untuk kesederhanaan demi untuk ’survival’ hidup kita di dunia ini amat penting sebelum kita mati yakni dijemput kembali ke alam barzakh dan akhirat.

Ya Allah, berilah RahmatMu dan hidayahMu di alam dunia ini. Jauhilah aku dari melakukan kesilapan dan ampunilah dosa-dosa aku yang lalu. Ya Allah aku tidak layak ke syurgaMu, namun aku tidak mampu dan takut api nerakaMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Dosa-Dosa Besar.

Wallahualam.
Bakri.

Saturday, April 10, 2010

Budak sastera yang berubah haluan!

Bila diingat-ingatkan kembali ke zaman kanak-kanak dan remaja, rasanya banyak juga kenangan dan pengalaman pahit manis dilalui. Namun, kadangkala betul juga apa Tun Dr Mahathir kata, melayu mudah lupa. Lupa yang bagaimana? Lupa asal usulnya, lupa bahawa kita sebenarnya pernah melalui saat-saat sukar satu ketika dulu.

Saya dilahirkan di Kg Bikam Sungkai Perak pada 1974. Sebaik dilahirkan, ibu bapa saya berpindah ke Kg Melayu Langkap di mana saya ’membesar’ dalam suasana kampung. Agaknya dah ditakdirkan, saya mempunyai 5 orang adik beradik (saya yang ke-4) kesemuanya adalah lelaki dan sekarang ni, saya mempunyai 5 orang anak juga kesemuanya lelaki!. Pada 1985, semasa berada di darjah 5 Sekolah Kebangsaan Seri Langkap, bapa saya yang bertugas sebagai guru ketika itu telah dijemput pulang ke rahmatullah. Berbekalkan dengan duit pencen bapa yang tidak seberapa, emaklah yang menyara kami sekeluarga dan pelbagai dugaan kami hadapi selama ini. Sesungguhnya pengorbanan emak memang tak terbalas oleh kami. Kini dengan mempunyai 5 anak lelaki, sedikit sebanyak saya dapat merasai beban yang pernah ditanggung oleh emak semasa membesarkan kami berlima. Abang saya yang sulong Yob (Khairul Akmal), yang kedua Joy (Ismail), yang ketiga Lan (Allahyarham Zailan-meninggal dunia pada 2003), saya yang keempat manakala adik saya Ijat (Dr Mohd Rohaizad).

Ok sambungan cerita saya tadi, selepas menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah di Sek Men Dato Sagor Langkap, saya mulai berjinak-jinak dengan gitar dan menubuhkan kumpulan band ’kugiran’ bersama rakan dan abang saya yang sulong (Yob). Rasanya masa tu baru di Tingkatan 2 atau pun 3.

Saya ni boleh dikatakan dari kalangan budak melayu yang bukan berotak bijak. Saya tidak seperti adik saya (Rohaizad) yang jauh lebih bijak sedari kecil atau ’gifted’, kata orang. Adik saya kini dah jadi Doktor Perubatan dan kini beliau sedang melanjutkan pengajian untuk menjadi Pakar Bius pula. Sebenarnya saya berbangga mempunyai adik seperti dia.

Selepas keluar keputusan SRP (Sijil Rendah Pelajaran), saya ditawarkan ke Sek Men Seri Perak di Teluk Intan di dalam aliran Sains. Ketika itu, mendapat tawaran sekolah sains bermakna sesuatu yang membanggakan orang kampung. Namun, tanpa berfikir panjang, saya telah menolak tawaran ke Sek Men Seri Perak hanya kerana semata-mata ’sayangkan band kugiran’ yang baru ditubuhkan. Keputusan kurang bijak yang dibuat tanpa merujuk kepada emak saya telah menyebabkan saya teruk dimarahi oleh emak. Ketika itu, yang saya fikirkan hanyalah cita-cita untuk menjadi pemuzik terkenal! Namun jauh disudut hati, konon-konon saya ingin membuktikan kepada emak bahawa diri saya boleh maju walaupun hanya bersekolah di kampung.

Di kampung, saya kembali sambung di Tingkatan 4 dalam aliran sastera. Sambil bersekolah, saya aktif dengan band kugiran yang diberi nama ’Analisa’ oleh abang saya Yob. Abang saya Yob bermain bass manakala abang saya no 3 (Arwah Lan) bermain drum manakala vokalis kami adalah orang kampung bernama Larkin. Syoknya semasa itu hanya kami yang dapat gambarkan. Kami dapat masuk beberapa pertandingan kumpulan rock (walaupun tak pernah menang..hehe), bermain kugiran di majlis-majlis kahwin, ’jamming’ di Studio setiap minggu. Emak mulai risau dengan penglibatan aktif saya mungkin beliau bimbang menjejaskan prestasi pelajaran di sekolah. Pelajaran saya overall nampak okay kecuali Matematik!.. bila naik Tingkatan 5, emak bagi amaran supaya tumpukan pada SPM.

Saya masih lagi leka dan hanya lebih kurang 5 bulan sebelum SPM, saya mulai sedar bahawa hakikatnya saya lemah dalam Matematik dan Bhs Inggeris!.. saya mulai menyusun strategi sendiri iaitu belajar matematik sendiri tanpa pergi mana-mana tuition. Lagipun, di kampung masa tu manalah ada tuition! Kumpulan band saya terpaksa hentikan sementara selepas berbincang dan mendapat mandat dengan ahli kumpulan.

Manakala untuk Bhg Inggeris, saya banyak belajar sendiri dengan membaca buku ’grammer’ dan berlatih membuat ayat. Pelajar berbangsa Cina sahaja yang agak terror dalam matematik semasa tu. Manakala masa tu, saya score dalam subjek BM. Saya cuba berkawan dengan sorang pelajar cina di kelas saya yang pandai Matematik dan buat MOU dengannya iaitu dia ajar Math kat saya, manakala saya ajar BM kat dia. Selain daripada itu, saya juga bertuah sebab ada seorang lagi pelajar melayu (Mior namanya) yang begitu baik kefahaman Matematiknya. Saya dan Mior mulai berminat dalam Matematik dan hasilnya memberangsangkan. Saya mendapat keputusan yang baik pelajaran Matematik dan Bhg Inggeris dalam SPM.

Selepas mendapat keputusan SPM, membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan band saya kerana mahu menumpukan kepada pengajian saya. Syukur ahli-ahli kumpulan memahami dan membawa haluan masing-masing. Walaupun agak berat rasanya hati untuk membuat keputusan tersebut, namun ’perubahan’ perlu saya buat demi masa depan yang masih kabur semasa itu. Banyak pengalaman pahit manis semasa aktif dengan kumpulan Band yang saya rasa tak dapat nak ceritakan di sini.

Sejak itu, saya memohon banyak IPTA dan mendapat tawaran daripada Politeknik Ungku Omar (Bidang Kejuruteraan Komputer), daripada ITM (sekarang UiTM) dalam Bidang Senilukis dan Senireka dan juga Universiti Islam Antarabangsa tawaran 2 Bidang Undang-Undang dan Sains Kemanusiaan.

Saya masih ingat, saya pernah disindir oleh orang semasa berjalan dengan emak di pekan Langkap. ’’alaa.. kalau setakat lulus SPM aliran sastera, tak kemana pun.. lainlah kalau sains, boleh jadi engineer ke, saintis ke..’’. Kata-kata itu membuatkan hati saya sangat tersentak dan sejak saat itu saya berazam untuk membuktikan kepada orang itu dan kepada emak bahawa saya boleh menjadi jurutera walaupun berbekalkan SPM sastera yang tiada asas kejuruteraan. Saya juga teringat semula janji di hati saya dengan emak iaitu semasa membuat keputusan untuk tidak memasuki sekolah sains ketika dahulu. Bunyinya agak mustahil tapi itulah yang berlaku.

Akhirnya selepas berbincang dengan kawan dan emak, saya membuat keputusan untuk menerima tawaran daripada Politeknik sebagai langkah pertama berubah daripada Budak Sastera kepada Budak Sains! Di Politeknik, mengikuti kursus Sijil Kejuruteraan Elektronik Komputer merupakan saat yang paling sukar kepada saya kerana di situlah sebenarnya bermula pelajaran-pelajaran baru kepada saya yang buta sains atau kejuruteraan. Kebanyakan pelajar di Poli semasa itu adalah merupakan lulusan Sekolah Teknik dan Vokasional dan bukannya Sekolah Sastera macam saya. Saat tersebut merupakan tekanan yang paling hebat kepada hidup saya kerana terpaksa berusaha 2 kali ganda berbanding pelajar lain. Pernah satu ketika, saya hampir putus asa dan mahu balik ke kampung kerana ’tak boleh pi’ dengan subjek-subjek baru itu. Namun, dikuatkan juga hati dan berusaha bagai nak gila siang dan malam saban hari untuk mengaji tatkala pelajar-pelajar lain sedang nyenyak tidur.

Alhamdulillah, saya juga bertuah ketika itu, kerana ditakdirkan berkenalan dengan seorang sahabat yang saya boleh anggap sebagai sahabat terbaik dalam hidup. Mohd Syukri namanya, perangainya mungkin pelik kerana beliau tak suka berkawan sebarangan. Syukri amat mahir dalam Matematik dan kebanyakan subjek di situ. Beliaulah tempat rujukan saya setiap hari hinggalah saat final exam. Kami berdua berjaya score di semester pertama, saya rasa puashati dan amat bersyukur kepada Ilahi. Bermula dari saat itulah saya bertambah yakin dan bersemangat malah telah dapat menamatkan pengajian Sijil di Politeknik Ungku Omar. Saya sambung setahun lagi untuk pengajian Diploma pula. Sehingga kini, saya masih berhubungan dengan Syukri yang kini bekerja di Penang.

Selepas ditawarkan bekerja dengan TNB, saya menyimpan hasrat untuk sambung pula pengajian di peringkat Ijazah. Hasilnya, saya telah dapat menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Elektrik di UiTM Shah Alam selama 3 tahun dengan gred Second Class Upper. Alhamdulillah kini dengan Ijazah itulah, saya dapat melunaskan 'janji saya' iaitu menjadi seorang Jurutera. Itulah antara saat-saat perubahan yang amat kritikal dalam hidup saya dalam membuat keputusan untuk bertukar haluan daripada Sastera kepada Sains, dan dengan semangat itulah, Alhamdulillah saya kini akan terus berazam untuk meneruskan pengajian selagi masih ada hayat. Lagi pun, belajar juga kan salah satu jihad di jalan Allah.

InsyaAllah, saya tak lupa asal usul saya. Seboleh-bolehnya, saya juga harus menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak saya juga bahawa kejayaan ayah mereka datangnya dari satu usaha yang agak perit demi azam untuk berubah. Terima kasih emak, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas hidayah dan kesederhanaan yang saya kecapi sekarang ini. Allah itu Maha Bijaksana, perancanganNya adalah yang terbaik untuk kita. Kita semua mempunyai kisah hidup tersendiri dan catatan saya ini hanyalah secebis kecilnya. Wallahualam.
Salam hormat,
Bakri.

Wednesday, April 7, 2010

Budaya 5S di Malaysia

30 Mac 2010 lalu adalah hari 'pelengkap' kepada misi persijilan 5S MPC di seluruh TNB Kedah. Sebagai orang Strategik, memanglah puashati dan gembira dengan pencapaian ini. Namun disebalik kejayaan ini, terdapat kemusykilan di dalam lubuk hati saya, sejauh manakah budaya kerja jepun ni boleh bertahan dalam sistem kerja kita? KPI untuk mendapatkan award atau persijilan memang boleh dicapai untuk short term, tetapi long term journey atau 'istiqamah' adalah sesuatu yang lebih penting. Manusia boleh berubah, namun perubahan total adalah yang paling sukar. Dalam nak melaksanakan 5S ini, kadang-kadang saya cuba nak implement teori yang sedang dipelajari dalam kursus MBA, namun pengalaman 'leadership' sebagai Pengurus Cawangan di Baling dan Jitra adalah lebih membantu nampaknya. Tak dinafikan juga, sejarah dan pengalaman hidup peribadi juga banyak membantu kerjaya saya. Budaya 5S di Malaysia amnya dan Kedah khasnya masih lagi boleh dipertingkatkan. Budaya ini perlu disesuaikan dengan persekitaran kerja di Malaysia dan ia perlu diserasikan dengan agama Islam. Walaupun saya tak pernah ke Jepun, namun saya yakin budaya 5S juga boleh diterapkan di rumah yang melibatkan keluarga asalkan ada kemahuan. Contohnya 'big cleaning day' 6 bulan sekali di dalam dan luar rumah, sisih dan susun barang2. Melantik anak2 sebagai zone leader di kawasan2 tertentu dan sebagainya. Wallahualam.
Salam hormat,
Bakri

Tuesday, February 9, 2010

Why we need a blog?

Assalamualaikum and Salam Sejahtera,

This is my first blog. Of course, i can't deny how excited in me.. i hope thru this simple blog, i can outline some view or opinion to any issues.. my intention is only to share a view with others..
May Allah bless you and me. InsyaAllah.

Kriee.