Thursday, December 8, 2011

GAJI & MASA DEPAN KITA



Setiap kali hujung tahun, maka isu-isu kewangan seperti bonus atau kenaikan gaji, biasa menjadi bahan bualan hangat dan komedi oleh setiap individu yang bekerja makan gaji. Pada tahun ini, keadaan kewangan syarikat adalah kurang mengizinkan untuk memenuhi aspirasi pekerja keseluruhannya. Namun begitu, majikan tidak boleh selama-lamanya menggunakan alasan keadaan kewangan sebagai ‘tiket’ untuk menghadkan gaji. Ia adalah hak pekerja. Dalam masa yang sama, Majikan dan pekerja perlu sama-sama berganding bahu mencari jalan penyelesaian walaupun terpaksa melalui jalan yang sukar. Bagi sektor Kerajaan, sumber kewangan datangnya dari hasil kutipan cukai oleh pihak kerajaan. Namun begitu, ‘nature’ masih sama tidak kira bekerja di syarikat swasta atau kerajaan.

Ada orang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, tetapi ada juga yang mengharapkan sesuatu yang lebih pada setiap kali masuk tahun baru. Mungkin kerana agaknya mereka sudah berkira-kira untuk membeli sesuatu atau sebagainya. Dalam organisasi, memang susah untuk memberikan kepuasan kepada setiap orang. Kita percaya, majikan sudah mencuba yang terbaik demi syarikat dan anggota kerja. Zaman 2011 dan tahun yang mendatang, adalah dijangka keadaan ekonomi semakin sengit dan ada juga kedengaran mengenai ura-ura untuk kerajaan membenarkan aktiviti penggabungan syarikat-syarikat besar. Namun, kerajaan perlu melihat juga kepada nasib bakal pekerja yang akan diberhentikan dan perlu dibela dan diberikan pampasan & pembelaan sewajarnya.

Kadangkala kita rasa tidak adil rasanya bagi sebuah syarikat besar yang mempunyai banyak aset, yang telah banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat dan pekerja dan negara, tiba-tiba hendak dipecah-pecahkan begitu sahaja atas nama liberalisasi. Mewujudkan persaingan itu baik asalkan rakyat yang mendapat keuntungan akhirnya. Apa yang merisaukan kita ialah takut ialah adakah wujud kecenderungan untuk memberikan keuntungan berganda kepada satu-satu pihak sahaja.

Tidak dinafikan kini bahawa keadaan ekonomi dunia sudah semakin tidak tentu. Keadaan tersebut dijangka akan menyebabkan berlaku perubahan besar pada ekonomi Asia termasuk di Malaysia. Jadi, adakah soal keupayaan organisasi memberikan gaji yang lebih kompetitf dan setimpal dengan kelayakan akan menjadi agenda utama atau sampingan sahaja. Kita perlu akui, tidak semua organisasi boleh kekal selama-lamanya. Jadi, perlu ada perancangan alternatif bagi menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku. Pekerja yang mempunyai skill atau kemahiran tertentu mungkin akan terus ‘survive’ kerana khidmat mereka memang sentiasa diperlukan oleh mana-mana syarikat pun. Tetapi bagi pekerja yang berjawatan penyelia seperti eksekutif, middle manager dan sebagainya, mungkin mempunyai risiko yang tinggi untuk disisihkan kerana golongan sebegini biasanya semakin hilang kemahiran di dalam bidang teknikal masing-masing disebabkan terlalu diberikan ‘keistimewaan’ sebagai Eksekutif yang hanya pandai ‘bermesyuarat’. Lagi teruk kalau ‘Eksekutif BerSILA’.. apa itu eksekutif bersila? iaitu eksekutif yang hanya pandai memberikan arahan tetapi tak pandai pantau atau coach.. Contohnya ialah ayat, ‘Sila ambil tindakan… ‘, ‘Sila hadir..’…. suka bersila sahaja yang membuatkan staf kadang kala bersilat.

Namun begitu, golongan begini boleh terus ‘survive’ berbekalkan pengalaman yang bukan boleh dibeli atau diperturunkan begitu sahaja. Sekiranya berlaku ‘merging of organization’, maka biasanya golongan ini akan berusaha lebih gigih untuk mencapai matlamatnya sama ada di dalam atau menarik perhatian pesaing di luar syarikat. Orang yang sangat kaya pun boleh jatuh muflis dalam sekelip mata, inikan pula orang sederhana macam kita.

Sehingga kini, saya sendiri tidak pasti apa masa depan kerjaya kita. Apa yang boleh lakukan ialah berusaha memberikan yang terbaik, menyediakan diri dengan sijil-sijil berkaitan dan timbalah seberapa banyak pengalaman. Namun begitu, semua itu adalah bergantung kepada rezeki yang Allah tetapkan kepada hambaNya. Kita hanya mampu berusaha, Allah yang menentukannya.


Wallahualam.

Sunday, November 13, 2011

DRAMA MUHASABAH DIRI

Semalam saya sempat menonton drama tv3 semasa sedang berada di dalam wad hospital sambil menjaga anak-anak saya yang sakit. Rasanya dah lama juga saya tak menonton drama melayu mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerjaya dan pelajaran. Drama tv ini bertajuk ’Panggilan 10 Zulhijjah’ lakonan Dato’ Rahim Razali. Drama ini memang menginsafkan bagi mereka yang masih boleh ’melihat’ dan bermuhasabah. Cerita tersebut menceritakan mengenai anak-anak yang sudah dewasa tetapi sesat dalam dunia kebendaan yang melebihi segala-galanya.

Takut rasanya melihat anak-anak begitu. Semasa kecil, kita sayang dan hormat orang tua kita. Namun selepas dewasa, semua sifat begitu seolah-olah hilang dan digantikan dengan sifat tamak dan mementingkan diri sendiri. Setiap anak kita mempunyai sifat yang berbeza. Adakah salah asuhan? Sedangkan kadang kala ibu bapa mereka adalah orang yang berilmu dan beriman. Yang peliknya, bila anak-anak ini mempunyai isteri atau suami, pasangan mereka jauh lebih baik sikapnya dari mereka. Apa agaknya nanti yang berlaku pada anak-anak kita dan sikap mereka kepada kita bila dah tua nanti? Isu ini pernah saya bangkitkan dalam blog saya sebelum ini yang bertajuk ’ukuran kejayaan mendidik anak’.

Drama ini mempunyai dua perspektif yang berbeza iaitu pandangan mata dari dunia di kampung dan dunia di bandar. Kedua-dua perspektif ini mempunyai prasangka masing-masing yang unik. Kadangkala kita sering melihat dunia kita sendiri lebih baik dari dunia luar sana. Begitu juga sebaliknya yang sering menyangka kita adalah yang terbaik, orang di luar sana tidak baik. Prasangka kita itulah yang menyebabkan kita terus leka dalam dunia kita sendiri.


Alangkah bagusnya jika kita tiada mempunyai prasangka atau ’buruk sangka’ ke atas orang lain. Itulah sifat ’Ehsan’. Rujuk blog saya bertajuk ’Ehsan’. Saya berdoa agar sifat itu disemai ke dalam diri saya dan keluarga saya.

Bila kita renungkan betul-betul cerita ’panggilan 10 Zulhijjah’ atau cerita-cerita lain yang sewaktu dengannya, kadang kala mungkin sedikit sebanyak ia seolah-olah berkaitan dengan kisah hidup kita. Kalau tak kena dengan kita, mungkin ada kena mengena dengan saudara mara kita atau kawan-kawan kita. Drama ini memang ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah mati. Akhir cerita ini agak tragik juga kerana kedua ibu bapa mereka meninggal dunia semasa di Mekah. (Bila meninggal di Mekah, maka tiadalah kuburnya di sini. Jenazah dikebumikan bersama-sama jenazah lain di Tanah Haram dan tiada pula kuburnya bertanda seperti di negara kita. Ini adalah kerana liang lahat di sana akan ’dibersihkan’ tulang belulang mayat setiap tahun untuk disimpan/diganti pula dengan jenazah lain.). Dalam cerita ini, anak-anak tidak sempat meminta ampun dari mereka. Bagusnya pula, mungkin atas doa ibu bapa mereka, anak-anak mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan, Hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara. Saya berdoa agar perkara begitu tidak berlaku kepada diri saya atau adik beradik dan keluarga yang lain.

”Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayah kepadaku dan ahli keluargaku agar semua prasangka yang berlaku (jika ada) dapat diperbetulkan demi kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat. Aamin, Ya Rabbal Aalamin.”

Tidak kisah bagaimana atau dari mana kita bermula, YANG PENTING IALAH BAGAIMANA KITA AKAN BERAKHIR.

Wallahualam.

Monday, October 10, 2011

Nostalgia menggamit perasaan..



(foto: penulis (kanan sekali) bergambar semasa sedang bermain bersama rakan-rakan di depan rumah..)


Semua kita mempunyai nostalgia dan kenangan terindah masing-masing.. bila dikenang-kenangkan semasa zaman kanak-kanak, zaman bermain di kampong sama kawan-kawan, kenangan bermesra bersama adik beradik, bersama keluarga, besama cikgu, memang banyak peristiwa dan kenangan bahagia yang mengusik perasaan. Tidak mustahil kita boleh mengalirkan air mata jika kita kenangkan satu persatu. Alangkah indahnya zaman itu berulang kembali.. namun ia agak mustahil kerana ada kalangan orang yang berada dalam kenangan itu sudah pun kembali ke rahmatullah.. namun peristiwa terhadap kenangan tersebut masih kekal dalam ingatan.. Baru-baru ini semasa saya mengemas rumah, saya terjumpa gambar-gambar lama saya zaman kanak-kanak bersama keluarga dan kawan-kawan di kampung... gambar menyimpan seribu satu kenangan dan kisah yang tersendiri.. tiba-tiba hati saya sedih bercampur gembira kerana tetiba je terus flashback kepada kenangan lalu.. Kini semuanya sudah berubah.. tidak seseronok dulu lagi.. dunia dewasa dan sistem kerjaya telah merubah cara hidup kita.. tekanan hidup juga berbeza... di kampung dulu, tiada masalah seperti sekarang.. masa yang ada di zaman dulu dirasakan begitu panjang dan banyak masa boleh dihabiskan dengan pelbagai aktiviti luar... sekarang, masa dirasakan begitu pantas berlalu.. seminggu rasa macam sehari... sehari macam sejam.. setahun macam sebulan... sedar-sedar usia sekarang dah hampir tiga kali ganda umur kanak-kanak...

Apa yang dapat dikatakan ialah, hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa hebatnya kenangan-kenangan itu.. kalau dituliskan dalam buku, pasti ia menjadi bahan terbaik untuk dikongsikan.. orang tua kita juga ada kenangan unik mereka sendiri... kadangkala terfikir juga... pengalaman orang tua kita patutnya di’dokumen’kan supaya ia dapat diwarisi dan dibaca oleh generasi muda.. supaya generasi muda lebih memahami dan menghargai usaha-usaha dan pengalaman orang-orang lama.. apa yang dapat kita lakukan ialah.. bercerita kat anak-anak kita, mengenai pengalaman dan kenangan kita.. terpulang kepada mereka caramana harus mereka ’absorb’.. kehidupan anak-anak saya memang jauh berbeza dengan saya semasa kecil.. mereka tak kenal outdoor games yang dibuat di kampung.. dunia mereka hanya ada computer game dan tv... kadangkala kalau pergi ke zoo tengok ayam atau tengok kambing pun jadi ’jakun’ semacam je anak-anak aku ni... Bukan saja gambar, tetapi lagu juga ada nostalgianya. Kini banyak lagu-lagu lama atau retro dimainkan di radio.. seperti Sinar.fm. Takdinafikan lagu-lagu yang dimainkan membuatkan kita mengimbas kembali zaman-zaman tertentu..... persengketaan boleh dielakkan hanya dengan bersandarkan pada kenangan.. kenangan yang indah dan baik..

Thursday, September 22, 2011

Pertukaran


Khabar angin mengenai pertukaran adalah perkara biasa. Terdapat juga khabar angin tersebut boleh menjadi kenyataan. Kenapa perlu pertukaran agaknya. Kadangkala pertukaran bahagian, stesen dan sebagainya itu bukan setakat kerana atas kemahuan Pengurusan. Bagi saya ia ada kaitan dengan ‘doa’ atau ‘Law of Attraction’ daripada individu itu sendiri. Walaupun ia adalah Qada' dan Qadar Allah S.W.T, namun sebenarnya ia adalah kuasa minda kita yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada setiap manusia. Kitalah apa kita fikirkan. Jika jauh di sudut hati kita memang tidak mahu bertukar ke mana-mana, maka besar kemungkinan kita tidak akan alami pertukaran. Jika pernah terlintas di dalam jauh sudut hati kita (walaupun tanpa disedari) untuk bertukar, ia sebenarnya juga adalah doa atau law of attraction dari kita sendiri. Contohnya, "alangkah bagusnya kalau aku dapat bertugas di pedalaman, lebih aman dalam suasana kampong…" maka dengan izin Allah, ia akan tertunai. Memang pelik tetapi itulah hukum alam. Kita mungkin boleh menafikannya tetapi tidak boleh menipu hati sendiri. Syukur alhamdulillah, Allah Maha Mendengar dan Maha Bijaksana.

Gantung Pisang

Geli hati bila dengar cerita orang ‘gantung pisang’ sebagai menandakan ‘rasa syukur’ dan gembira mereka terhadap sesuatu. Dalam organisasi, kadang kala ada berlaku perkara begini. Walaupun budaya ini bertentangan dengan budaya melayu, ia memang melucukan bagi sesiapa yang mendengar atau menyaksikannya.
Bagi sesiapa yang tidak tahu apa maksud ‘gantung pisang’, ia adalah aktiviti menggantung buah pisang apabila ‘bala’ atau kesengsaraan mereka berakhir apabila ‘bala’ tersebut keluar dari kawasan mereka atau pun mereka pergi meninggalkan ‘bala’ tersebut.
Contohnya, apabila terdapat segelintir pekerja yang dikatakan ‘terseksa’ di bawah pemerintahan seseorang boss, tiba-tiba bilamana ‘boss’ tersebut terpaksa bertukar atau keluar dari situ, maka pekerja akan berasa lega kerana ‘azab’ mereka sepanjang berada di bawah boss tersebut sudah berakhir. Maka buah pisang digantung di merata tempat sebagai ekspresi emosi gembira mereka. Saya tak pasti apa agaknya reaksi ‘boss’ tersebut, adakah buat dono je atau pun berubah selepas itu, wallahualam.

Thursday, August 25, 2011

Mana Mak?

Cerita ini diforward via email oleh rakan saya. Agak touching. Video di bawah ni juga ceritanya hampir sama.


Sempena menyambut hari raya ini, saya rasa elok dikongsikan untuk renungan bersama. Pesanan untuk diri saya juga. Wallahualam.


.................

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.""Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Pesan Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Thursday, August 11, 2011

Program TV "Lau Kana Bainana" (If Rasulullah Were Among Us)

Assalamualaikum,


Salam Ramadan, saya tertarik kepada satu program TV baru di Astro iaitu Lau Kana Bainana menerusi TV Al-Hijrah. Program ini yang dihasilkan oleh krew pemuda berbangsa Arab ini cuba menghayati akhlak mulia Rasulullah S.A.W. "Lau Kana Bainana" لو كان بيننا الحبيب yang bermaksud, andaikata "Nabi Muhammad S.A.W ada di sisi kita". Ia boleh menyentuh perasaan dan membuatkan kita bermuhasabah sejenak.

http://www.youtube.com/watch?v=8u-gWB4UWak&feature=autoplay&list=PL6F568EA9EE24C54F&index=3&playnext=2

http://www.andalusiah.com/

Program ini ada yang dibuat secara ’candid’ ke atas masyarakat. Salah satu slot yang dibuat ialah sebagai contohnya, mereka sengaja meletakkan kayu halangan di tepi jalan raya kemudian merakamkan aksi orang ramai terhadapnya. Ada yang berlalu begitu sahaja, ada yang turun pergi mengalihkan kayu halangan tersebut. Sebagaimana kita tahu, membuang halangan di laluan awam lebih lebih lagi yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam lain merupakan tindakan yang diambil yang melambangkan tahap keimanan kita sebagai hambaNya dan umat Nabi Muhammad S.A.W. Andai Rasulullah ada bersama kita, pasti Baginda merasa bangga dengan umatnya yang mengambil tindakan membuang kayu halangan tersebut. Walaupun ia nampak remeh, tetapi tanpa hati yang ikhlas dan akhlak yang mulia, kita tidak akan mengambil tindakan tersebut. Mereka yang membuang kayu halangan itu kemudiannya akan ditegur oleh krew tadi dan diberikan hadiah seperti buku agama dan T Shirt.

Program ini agak simple tetapi mungkinboleh memberikan impak yang besar kepada masyarakat Islam jika benar benar dapat dihayati. Cuba kita bayangkan Rasulullah ada bersama kita, adakah Baginda akan gembira dengan akhlak kita di zaman sekarang atau sebaliknya? Adakah kita layak menerima syafaat Baginda semasa di akhirat kelak?


Sekiranya kita sedar bahawa setiap tindak tanduk kita ini diperhatikan oleh Allah, maka sudah tentu kita akan berwaspada dan sentiasa berkelakuan baik. Jika kita berkelakuan baik, sudah tentunya Rasulullah S.A.W akan menyukai kita dan memberikan syafaatnya kepada kita.

Kita banyak dosa, selalu engkar perintahNya dan selalu engkar Sunnah Rasulullah S.A.W. Baginda Rasulullah S.A.W adalah kekasih Allah yang juga manusia seperti kita, tetapi kalau dibandingkan dengan kita, pastinya bagai langit dengan bumi. Namun saya yakin Allah Maha penyayang, Rasulullah begitu kasih kepada umatnya. Rasulullah SAW telah meninggalkan kita dengan kalam Allah yang berupa mukjizat serta sunnah yang begitu jelas. Namun, adakah peninggalan baginda ini diendahkan oleh kita. Mari kita bertanya diri sendiri, apakah kita masih layak menjadi umatnya?


Saya selalu menyimpan impian untuk bertemu Rasulullah walaupun hanya dalam mimpi. Sekiranya kita dapat menatap wajah Rasulullah di dalam mimpi, insyaAllah sebenarnya itulah wajah sebenar Rasul kerana Syaitan tidak dapat meniru atau menyerupai wajah Rasulullah S.A.W.


Cuba kita bayangkan, andaikata diberikan peluang oleh Allah... tiba-tiba Rasulullah datang kepada kita, Baginda duduk di sebelah kita hanya untuk seminit, Apakah ucapan yang patut kita katakan kepada Baginda?.... atau layakkah kita berada di sisi Baginda?




Wallahualam.

Friday, July 22, 2011

Baiti Jannati

Hari ini merupakan saat perubahan yang seterusnya.. ini adalah kerana hari ini saya sekeluarga telah masuk berpindah ke rumah yang saya beli lebih kurang 5 tahun dulu di Bandar Perdana Sg Petani. Dulu pada asalnya niat membeli rumah ini adalah hanya kerana ’nak bagi ada’. Semasa tahun 2005 iaitu ketika bertugas di Baling, bandar Sungai Petani memang menjadi tempat saya berhujung minggu. Semasa bersiar-siar bersama anak-anak dan isteri di Central Square, kami mengunjungi satu pameran perumahan Bandar Perdana tanpa ada niat pun untuk membeli rumah.


Namun tidak semena-mena hati saya tertarik dengan pakej perumahan di situ. Dipendekkan cerita, tidak lama selepas itu, saya pun membuat keputusan untuk membeli rumah tersebut menggunakan kemudahan pinjaman syarikat walaupun tidak bercadang untuk tinggal di situ. Beli hanya sebagai pelaburan (asset appreciation). Namun selepas itu, kerana keasyikan bekerja, saya terlupa untuk menjenguk rumah saya ini hingga mencecah hampir lima tahun dibiarkan.



Tentu ramai yang kehairanan kerana saya beli rumah tapi tak diduduki atau disewakan. Ramai rakan-rakan saya yang menyewakan rumah mereka untuk 'cover' balik loan instalment. Kemudian, rakan saya ini akan membeli lagi rumah dan sewakannya juga. Jadi banyaklah aset mereka,.. di KL ada, di Bangi ada.. good investment. Saya pula tak rebut peluang sebegitu.. kenapa dengan saya ni ye..? tapi ada hikmahnya, sebab tak perlu nak bergaduh dengan penyewa.. sebab rata2 saya lihat rakan2 saya ni, ada masalah dengan penyewa mereka.. ada yang lari malam, ada yang tak bayar bil elektrik dan sebagainya dan yang paling teruk sekali ialah rumah mereka rosak teruk, kos membaiki hampir separuh kos asal rumah tersebut. Memang mencabar juga.. dan faktor yang paling saya tidak suka ialah, terpaksa bermasam muka dengan penyewa.. saya jenis yang mudah kasihan dengan orang, kalau disewakan kat orang, rasanya tak sampai hati saya nak tekan mereka..


Ok balik kepada cerita rumah saya, selepas ditukarkan ke Jitra, saya langsung tak jenguk rumah saya di Sg Petani ni lebih dari tiga tahun... saya lebih fokus kepada kerja, kerja, kerja dan kurang menumpukan kepada rumah yang saya beli ini. Kini saya masih lagi bekerja di kawasan utara Kedah.. saya sudah berpindah randah lebih dari enam kali, sehingga kini saya masih lagi menyewa rumah orang lain.. pernah memohon kuarters beberapa kali, tapi nasib tidak menyebelahi.



Saya rasa, ada hikmah tersembunyi di sebalik semua ini. Fikir punya fikir dan berbincang dengan isteri, saya membuat keputusan tekad untuk berpindah ke rumah saya sendiri dan berulang alik dari Sungai Petani ke Alor Setar untuk bekerja. Manakala hal persekolahan anak-anak, isteri saya akan ’take care’. MOU ini akhirnya dicapai dan kami bersetuju berpindah sebelum Ramadhan..


Dalam kesibukan bekerja ke sana ke mari, saya cuba ’compartmentalise’, menyelam sambil minum air untuk mengurus hal pertukaran sekolah anak-anak dan urusan untuk memasuki rumah. Alhamdulillah, hari ini buat pertama kalinya dalam sejarah, saya dapat menikmati indahnya tinggal di rumah sendiri.


Walaupun rumah yang saya beli ini hanya rumah teres sahaja, namun betullah kata orang, seburuk mana rumah kita, yang penting hati kita lebih bahagia. Kini hati saya lebih tenang tinggal di rumah saya sendiri. Alhamdulillah.


Rumahku syurgaku... Baiti Jannati.. wallahualam.





Saturday, June 25, 2011

Duit Bukan Segala-Galanya, TETAPI SEGALA-GALANYA PERLUKAN DUIT!

Pendapatan per kapita di Jepun ialah sebanyak US$32,700 atau RM8,000 sebulan. Sebaliknya pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM2,000 sebulan dan 40% mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Bank Dunia melaporkan secara purata kenaikan gaji rakyat Malaysia hanyalah sebanyak 2.6% dalam tempoh 10 tahun (dari tahun 2000 hingga 2010) sedangkan kadar inflasi ialah 3.2% dan ini bermakna kuasa beli pengguna sudah terhakis.

Kenaikan harga barangan keperluan harian, harga rumah, pinjaman sewa beli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit yang semakin meningkat, sedangkan pendapatan tidak banyak berubah.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mencadangkan supaya mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dapat dikategorikan sebagai miskin bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Walaubagaimanapun itu adalah secara purata tetapi sebenarnya ramai lagi yang berpendapatan bawah daripada itu. Bahkan ada juga yang dibawah paras RM1000. Puratanya lagi tinggi dari tu kerana purata mengambilkira pendapatan orang kaya yang dapat beratus ribu sebulan.

Bila membaca kenyataan di atas, ia memang menakutkan dan saya mulai sedar bahawa sememangnya kos sara hidup memang kian meningkat terutamanya yang tinggal di bandar dan terpaksa mempertahankan gaya hidup bandar.

Saya masih ingat lagi iaitu semasa tahun 1995, iaitu berbekalkan Diploma, ketika saya mula-mula melangkah ke alam pekerjaan di usia 21 tahun, saya menerima gaji yang boleh dikatakan lumayan semasa itu iaitu gaji empat angka. Ketika bujang, wang memang tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya tiada tanggungan dan komitmen semasa itu. Ketika itu, hampir setiap hujung bulan saya selalu memerhatikan anggota kerja amat prihatin mengenai tarikh gaji. Semasa itu, saya merasa agak hairan kenapa penting sangat tarikh gaji? Sedangkan gaji saya bulan lepas pun masih banyak tak terusik lagi.

Kini selepas berumahtangga dan mempunyai ramai anak, rupa-rupanya tarikh gaji amat penting sekali!.. pendapatan hujung bulan begitu kritikal di zaman ini kerana saya terpaksa rolling duit untuk pelbagai komitmen, dari instalment kereta, rumah, bil-bil utiliti, bil kad kredit, perbelanjaan rumah, kos petrol dan banyak lagi yang perlu dibereskan dalam masa yang ditetapkan. Ternyata gaji empat angka yang dikatakan lumayan dulu sudah tidak lagi relevan di zaman ini. Parkinson’s Law memang berlaku di kebanyakan orang.

Oleh itu, memperolehi pendapatan sampingan bukan lagi untuk memperolehi pendapatan tambahan, tetapi pendapatan sampingan menjadi kewajipan untuk menampung gaya hidup orang zaman sekarang. Ia juga perlu sebagai jaminan masa depan tambahan pula saya kini mempunyai enam orang anak lelaki yang pastinya akan memerlukan pelaburan yang banyak dari segi kos pendidikan dan sebagainya serta mungkin sampai ke tahap belanja perkahwinan anak-anak saya nanti. Selain unit trust, saya juga telah memulakan simpanan melalui insuran bagi kesemua anak-anak saya, Diharap semua berjalan lancar hingga saya bersara dan akhir hayat nanti. Ada juga rakan-rakan saya yang sudah merangka strategi sebelum persaraan. Pada saya, rakan-rakan saya memang bijak dan perancangan begitu memang amat perlu sekali.

Dalam Islam, gaya hidup sederhana dapat menjamin kesejahteraan hidup. Ya Allah, berikan aku kekuatan dan disiplin untuk menempuh kehidupan supaya kesederhanaan hidup sentiasa terpelihara.

Justeru itu, apabila baru-baru ini saya terdengar yang Prof Dr Muhaya berkata, "Memanglah duit bukan segalanya, tetapi segala-galanya perlukan duit".. Saya hanya mampu tersenyum dan terpaksa bersetuju dengan beliau.


Wallahualam.

Thursday, June 23, 2011

AMUK

“Polis menembak mati seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman kira-kira tiga jam selepas menetak mati isterinya dengan sebilah parang di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan.. Isterinya Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, seorang pekerja kilang, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang anak mereka, Najihan, 13, cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan.."


Peristiwa di atas berlaku kira-kira setahun yang lalu. Berita ini boleh dibaca dalam banyak media dan blog:-

http://sedakasejahtera.blogspot.com/2010/08/gambar2-amukan-sahur-berdarah-di.html

Berita ini memang menyayat hati, dan yang paling menyedihkan ialah mangsa tersebut (Khairul Bariah) merupakan kawan sekolah saya sendiri semasa kami sama-sama bersekolah rendah hinggalah di tingkatan lima. Kali terakhir saya jumpa arwah ialah kira-kira 10 tahun dulu iaitu reunion hari raya aidilfitri. Al-Fatihah.

Saya cuba menyelami senario ‘amuk’ ini. Kalau kita cuba google, memang terdapat banyak lagi peristiwa amuk yang seperti ini dan melibatkan kematian dan kadangkala melibatkan kecederaan kepada orang awam. Tentu ada kalangan kita masih ingat peristiwa ‘Prebet Adam’ yang mengamuk dengan M16 di Jalan Chow Kit pada tahun 1987 dulu. Cerita ini dikatakan agak sensitif kerana mungkin melibatkan institusi raja.



Amuk boleh berlaku di mana-mana sahaja. Yang terkini, kes pelajar di Hawai yang membawa senjata dan mengamuk serta melepaskan tembakan di sekolah dan mencederakan ramai orang.

Punca Amuk
Apakah punca amuk dan siapakah yang paling terdedah dengan fenomena seperti itu? Adakah disebabkan stress dan tekanan hidup yang melampau? Kalau dirujuk dari google book, amuk merupakan situasi hilang ingatan, iaitu apabila pesakit bertindak melulu dan menyebabkan berlakunya kecederaan atau kerosakan harta benda malah kadang kala melibatkan kehilangan jiwa.


Bangsa Melayu banyak Amuk?
Yang merisaukan, bangsa yang dikatakan paling banyak terlibat dengan amuk ialah bangsa Melayu. Sesetengah sumber telah mengenal pasti orang Melayu sebagai bangsa yang mempunyai kecenderungan untuk mengamuk dan oleh itu, menyebabkan amuk menjadi satu contoh sindrom budaya terikat, serta sesuatu yang cukup sinonim dengan bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia. Perkataan “amuk” merupakan salah sepatah perkataan yang telah dipinjam oleh bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu, dan dieja sebagai amok.
Kejadian amuk tidak terbatas di rantau Asia Tenggara sahaja, tetapi berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Ensiklopedia Webster 1911 mengulas, walaupun perkataan “amuk” dikaitkan secara rapat dengan orang Melayu, terdapat setakat alasan untuk mempercayai bahawa perkataan ini berasal dari India, dan perbuatan ini bukan tidak dikenali dalam sejarah India. Beberapa kes yang terkenal telah terjadi di Rajput. Umpamanya pada tahun 1634, anak lelaki sulung Maharaja Jodhpur mengamuk di istana Shah Jahan, dan walaupun tergagal dalam serangan terhadap ayahnya, telah membunuh salah lima daripada pegawai-pegawai istana. Juga pada abad ke-18, dua orang utusan yang dihantar oleh ketua Jodhpur ke Hyderabad (Sind) untuk menyelesaikan satu perkelahian, menikam putera serta 26 orang pengiringnya sebelum ditewaskan dan dibunuh.


Mental
Selalunya, masyarakat melihat setiap keganasan dilakukan oleh individu yang tidak siuman. Kadangkala timbul prejudis terhadap pesakit mental, namun pesakit sebenarnya masih boleh diubati jika diberikan peluang.


Faktor yang dikenalpasti berkaitan dengan sahsiah individu itu sendiri dan aspek luaran seperti persekitaran sosiobudaya. Orang yang mengamuk tidak sedar dan barangkali tidak tahu apa yang dilakukan dan kesan daripada perbuatannya. Berdasarkan analisis Prof Dr Syed Hassan Syed Ahmad al-Mashoor, Fakulti Peruatan Unimas, biasanya ia berpunca daripada sejarah penyakit tekanan mental yang serius yang tidak dikawal rapi. Malah kadangkala, punca penyalahgunaan dadah atau gangguan di dalam otak juga boleh menjadi punca amuk.


Fikiran yang kusut dan ditambah lagi dengan gangguan mental, maka pada tahap begini, individu seperti ini akan mudah dicabar, apabila tercetus provokasi, biasanya mereka akan mudah hilang pedoman. Ada pandangan bahawa ia juga berkaitan dengan gangguan makhluk halus.


Stress dalam Islam
Surah Al-Baqarah(2):155“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” (Hadis - Riadus Solihin)


Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal. Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus (latifah) ketuhanan (rabbaniah) dan kerohanian (ruhaniah).


Wallahualam.






Saturday, June 18, 2011

Masyarakat Jepun dan 5S




Kita sedia maklum bahawa 5S berasal dari negara Jepun dan masyarakat negara matahari terbit ini memang terkenal dengan sifat bersih dan disiplin mereka. Tahukah anda, saya difahamkan bahawa ada satu cerita, pernah ditanya kepada orang Jepun apa itu 5S? Terdapat di kalangan masyarakat Jepun tidak tahu apa itu istilah 5S padahal mereka sendiri mengamalkannya itu sejak dari zaman berzaman. Kenapa jadi begitu? Jawapannya mudah sahaja... ini adalah kerana ia sudah menjadi budaya dalam diri mereka. Budaya mereka ini dikaji dan ‘researcher’ menamakannya sebagai 5S. Contoh analoginya begini.. dalam masyarakat melayu, apabila kita nak masuk rumah orang, hendaklah kita melaksanakan ‘sistem tatacara nak masuk rumah orang’ berikut... 1. GREET … memberi salam. 2) Take off Shoes TANGGAL KASUT sebelum memasuki rumah orang. 3) Take a seat MASUK DAN DUDUK .. Pelik bunyinya kan…? Oleh kerana ia dah jadi budaya dan sebati dengan masyarakat melayu dan kita tak perlu cipta satu ‘sistem tatacara nak masuk rumah orang’ tersebut… samalah dengan masyarakat Jepun.. mereka tak tahu istilah 5S kerana mereka mengamalkannya turun temurun di dalam seluruh hidup mereka seharian dan sudah sebati dalam diri mereka… namun di Malaysia, oleh kerana ia belum menjadi budaya sepenuhnya, kita masih memerlukan sistem 5S ini untuk mendisiplinkan diri kita ke arah cara hidup yang lebih teratur dan selamat.


Kenapa orang Jepun jarang memiliki rumah besar?
Negeri Jepun yang padat dengan penduduk tetapi keadaan geografi mukabumi adakah bergunung ganang. Mereka memerlukan ruang yang mencukupi untuk industri dan sebagainya. Disebabkan itu, rakyat Jepun kebanyakannya memilik untuk tinggal di apartment. Jika mereka memberikan setiap orang ruang yang besar, maka mereka khuatiri Negara matahari terbit ini akan menghadapi masalah ruang untuk seluruh penduduknya.

Kenapa rumah orang Jepun guna ‘sliding doors’?
Jawapannya ialah kerana masalah tidak cukup ruang untuk menempatkan orang dan barang. Bahan sliding door ini dibuat daripada ‘rice paper’. Ia akan bertindak menjadi sejuk bila musim panas. Ia juga sebahagian daripada budaya tradisi jepun untuk mendisiplinkan diri iaitu untuk memastikan kita sentiasa ‘self control’ iaitu kita tidak boleh meninggikan nada suara kerana marah/hilang kawalan dan sebagainya, kerana sekiranya kita meninggikan suara, maka jiran-jiran akan terdengar suara kita disebabkan dinding kertas ‘sliding door’ tak mampu menampan suara yang kuat. Satu lagi factor ialah kerana untuk menjimatkan ruang. Jika menggunakan daun pintu, maka kita boleh membazirkan ruang lebih kurang 9 kaki. Orang Jepun amat teliti dalam perkara ini dan ruang 9 kaki tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lain. Dalam ertikata lain, mereka ‘fully utilise’ segala resources yang ada. Di Jepun, sliding doors juga dikenali sebagai ‘pocket doors’.

Bilik di dalam rumah orang Jepun?
Kebanyakan rumah di jepun akan memiliki 1 unit tradisional Jepun dipanggil ‘washitsu’. Menurut cerita asal usul 5S ini, bilik (keadaan seperti gambar) tersebut digunakan untuk pelbagai kegunaan. Bilik itulah ruang tamu, bilik itulah ruang makan, di sebelah malamnya bilik itu adalah bilik tidur. Oleh kerana amalan 5S, maka bilik tersebut sentiasa bersih dan kemas. Manakala dapur yang kecil juga boleh memuatkan pelbagai barang dapur yang padat. Kita di Malaysia mempunyai banyak ruang dan kadangkala terbiar. Mungkin kita boleh ambil iktibar dan mencontohi jepun dalam menghargai dan menggunakan sumber yang terhad untuk melaksanakan aktiviti mereka.


Sekian utk renungan, Wallahualam..

Sunday, May 8, 2011

PARKINSON'S LAW? APA TU...?

Apa itu Parkinson’s Law?.. penyakit parkinson ke.. hehe.. sebenarnya saya pun baru mengetahui istilah tersebut melalui seorang lecturer semasa dalam sesi kuliahnya. Saya memang tertarik dengan teori ini dan saya telah membuat sedikit ‘research’ melalui internet mengenai Parkinson’s Law ini untuk tujuan manafaat ilmu bersama. Sesungguhnya Ilmu Allah itu Maha Luas.

Asal usul Parkinson’s Law

Parkinson's Law lahir daripada ‘essay’ yang dihasilkan oleh Profesor C. Northcote Parkinson seorang ‘British Naval Historian’ (1909-1993). Beliau telah membuat komen yang keras mengenai organisasi dan kemanusiaan. Definasi asas ‘parkinson’s law’ ini ialah = "work expands to fill the time available for its completion". . Prof. C. Northcote telah menulis lebih kurang 60 buah buku dan yang paling popular ialah “Parkinson's Law: The Pursuit of Progress (1957)” yang menjadi “bestseller” sepanjang penerbitannya.

Prof Northcote Parkinson telah membuat ‘observation’ ini terutamanya di dalam sektor kerajaan sendiri. Ia juga lahir kesan daripada keghairahan untuk menggandakan jumlah pekerja bawahan mereka yang kononnya atas keperluan beban kerja. Kadangkala, sindrom ini boleh mewujudkan birokrasi yang besar dalam usaha untuk menyibukkan diri dengan kerja-kerja untuk mengisi ruang masa. Kalau dirujuk dari segi bisnes, Parkinson’s Law adalah hukum ke 52 daripada 100 hukum dan prinsip kesuksesan bisnes.


Terdapat dua prinsip asas:
Prinsip yang pertama ialah mengenai ialah “that a governmental employee or civil servant wants to multiple his or her subordinates and not create more rivals. Penjelasan prinsip ini terdapat di dalam buku "Parkinson's Law: The Pursuit of Progress.". Apabila seseorang pekerja awam percaya bahawa dia mempunyai beban kerja yang semakin bertambah, maka dia akan meminta diwujudkan pembantu dan sebagainya. Ini menyebabkan tenaga kerja semakin bertambah yang asalnya kerja tersebut hanya dilaksanakan oleh seorang individu sahaja.


Prinsip yang kedua ialah mengenai “one can turn to the second prong of Parkinson's Law -- that officials make work for each other”. Bila sesebuah organisasi telah menggandakan jumlah pekerja mereka, tambahan pekerja ini menyebabkan tambahan keperluan penyeliaan (supervision) ke atas pekerja-pekerja yang semakin bertambah tersebut. Ia juga akan menyebabkan lebih banyak kerja dijana di dalam proses tersebut.


Parkinson's Law juga dikaitkan dengan beberapa lagi kepercayaan mengenai teori ‘law’ seperti berikut:-

Parkinson's First Law:
Work expands or contracts in order to fill the time available.

Parkinson's Second Law:
Expenditures rise to meet income.

Parkinson's Third Law: Expansion means complexity; and complexity decay.

Parkinson's Fourth Law: The number of people in any working grouptends to increase regardlessof the amount of work to be done.

Parkinson's Fifth Law: If there is a way to delay an important decisionthe good bureaucracy, public or private, will find it.

Parkinson's Law of Science:
The progress of science varies inverselywith the number of journals published.

Parkinson's Law of Delay: Delay is the deadliest form of denial.

Parkinson's Law of Data: Data expands to fill the space available.

Parkinson's Law of Meetings: (also the Law of Triviality)The time spent in a meeting on an itemis inversely proportional to its value (up to a limit).

Parkinson's Law of 1,000: An enterprise employing more than 1,000 peoplebecomes a self-perpetuating empire,creating so much internal workthat it no longer needs any contactwith the outside world.

Parkinson's Coefficient of Inefficiency: The size of a committee or other decision-making bodygrows at which it becomes completely inefficient.

Mrs. Parkinson's Law: Heat produced by pressure expandsto fill the mind available, from whichit can pass only to a cooler mind.

Kalau kita gunakan hukum pareto 20:80, masa yang ditambah kepada 80% untuk menyiapkan kerja yang hanya sebenarnya 20%. sesetengah pengurus 'assign' banyak kerja kepada pekerjanya hanya semata-mata untuk memaksima penggunaan masa. Ia ada pro dan kontra. Dari segi beban kerja, ia mungkin menyebabkan kepada “under-utilization (contraction)”. Penulis ‘Ron Stone’ mengatakan bahawa “It's kind of a balancing act!".


Parkinson’s Law dari segi Kewangan


Perbelanjaan selalunya meningkat untuk menyamai pendapatan. Hukum ini menjelaskan mengapa sebahagian besar orang yang bersara dalam keadaan miskin. Hukum ini mengatakan bahwa tidak peduli berapa banyak pun wang yang dihasilkan, mereka akan tetap cenderung untuk menghabiskan semuanya dan meningggalkan sedikit baki. Perbelanjaan mereka meningkat secepat peningkatan pendapatannya. Tapi entah bagaimana, mereka seperti memerlukan setiap wang yang mereka hasilkan demi mempertahankan gaya hidupnya. Kata orang perak, bior papa, asal bergaya... Mungkin inilah fitrah nafsu manusia, tidak pernah cukup dengan yang ada. Tidak peduli berapapun yang mereka hasilkan, mereka seperti tidak pernah merasa cukup.
Kebebasan Kewangan hanya diperolehi jika kita dapat melawan habit Parkinson’s Law. Parkinson’s Law menjelaskan perangkap yang dimasuki oleh banyak orang. Inilah yang jadi penyebab masalah kewangan dan masalah hutang.
Oleh itu, kita perlu ada kunci atau "pasak." Jika kita boleh meletakkan pasak diantara peningkatan pendapatan dan meningkatnya gaya hidup kita, lalu kemudian menabung dan melaburkan hasilnya, maka kita akan terus meningkatkan gaya hidup di saat kita menghasilkan wang yang lebih banyak lagi.



Beberapa Tips Melawan Law/habit ini:
Bayangkan bahawa kehidupan kewangan kita seperti perusahaan yang ’bankrupt’ dan dan kita baru mengambil alih.
- Segera bekukan lembaga kewangannya.
- Tahan semua pengeluaran yang tidak perlu.
- Rencanakan pengeluaran tetap, pengeluaran per bulan yang tidak boleh dihindari, dan untuk sementara waktu, tekadkan untuk membatasi pengeluaran hanya sejumlah ini.
- Amati dengan saksama setiap pengeluaran.
- Tanyakan seolah-olah kita sedang mengawasi pengeluaran orang lain.
- Carilah cara untuk menguranginya. Targetkan untuk mengurangi 10 persen dari biaya hidup dalam tiga bulan.
- Tekadkan untuk menabung dan melaburkan 50 peratus dari setiap peningkatan pendapatan yang kita terima dari berbagai sumber.
- Hiduplah dari bakinya. Ini akan memberikan kita 50 peratus untuk melakukan apa yang kita hasratkan.
- Perlu disiplin dan melakukan ini sepanjang kerjaya kita.


Saya juga ingin memetik tulisan oleh Dr. Irfan Khairi, Jutawan Internet kita mengenai Sindrom Parkinson;s Law di dalam Pengurusan kewangan yang agak lebih kurang serupa apa yang diterangkan di atas...


“Ada satu keadaan ini dikenali sebagai “Parkinson’s Law”. Maksudnya dalam perihal kewangan adalah… Lagi banyak pendapatan kita, lagi banyak perbelanjaan kita! Ini sememangnya berlaku dan menjadi satu tabiat yang asasi bagi manusia. Betul tak? Lagi banyak pendapatan anda, lagi banyak perbelanjaan anda… Cara untuk mencapai kebebasan kewangan adalah untuk dengan sengaja, melawan tabiat tersebut. Dalam kata lain, kita perlu tangani/violate Parkinson’s Law ni… Selalunya, bila pendapatan kita RM2,000 sebulan, perbelanjaan kita mungkin pada kereta sederhana, rumah sederhana, makan-minum di restoran, holiday pun dalam negara sahaja… Tapi, apabila pendapatan kita bertambah, rezeki bertambah menjadi RM5,000 sebulan, sedar-sedar kita akan tukar kereta baru yang lebih mewah, rumah lagi besar mungkin banglow, makan minum diluar pun di hotel, holiday pula ke luar negara! Itu lah dianya Parkinson’s Law. Semestinya ia terjadi pada semua orang, termasuk saya sendiri! Bak kata anda, kalau pendapatan dah banyak, tak puas lah kalau kita tak guna kan! Nasihat saya, cuma, berpada-pada bila ada kenaikan rezeki. Sememangnya sering kita tekankan, untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Tetapi, perlu ingat, sekiranya pendapatan meningkat, % simpanan juga perlu meningkat untuk mengelakkan Parkinson’s Law. Mungkin ketika pendapatan RM2,000, anda boleh simpan RM200 (10%). Tetapi, sekiranya pendapatan RM5,000, jangan pula masih di 10%, tetapi, naikkan simpanan kepada 20% (RM1,000). Dengan cara ini, anda masih lagi dapat menggunakan kewangan anda yang meningkat dan memuaskan hati anda (RM4,000), serta, menyimpan dengan lebih banyak dan melawan Parkinson’s Law (RM1,000)!


Daripada penerangan tersebut, kita boleh memahami bahawa kehendak manusia itu tiada kesudahannya. Saya tidak menafikan teori ini ada benarnya dengan kehidupan seharian kita sama ada di pejabat atau di rumah. Manusia itu lumrahnya memang ada nafsu dan tidak pernah puas dengan apa yang ada. Orang yang boleh ’challenge’ parkinson’s law ini adalah orang benar-benar mempunyai iman dan ehsan yang kuat kerana fitrah kita sentiasa tidak cukup dengan yang ada. Konsep kesederhanaan di dalam ajaran Islam boleh menyelamatkan kita daripada semua perkara yang negatif dan Parkinson’s Law ini adalah teori yang jelas mengenai sifat manusia itu sendiri.


Wallahualam....

Sunday, April 17, 2011

SOCIAL ENGAGEMENT !

Socially Engaged!.. itulah ungkapan oleh salah seorang Profesor saya setiap kali di dalam kuliahnya yang saya kira teguran beliau adalah secara profesional. Personally, saya hormati beliau kerana seorang yang mempunyai prinsip dan banyak falsafah mengenai kehidupan ini. Beliau juga sering berkongsi beberapa petikan bestari sebagai motivasi kepada para pelajarnya. Pesannya, “Good manners will open doors that the best education cannot”. Kebanyakan pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar luar seperti Yaman, Palestin, Jordan, Africa, China, Iraq, Iran, China … saya cuba mencari maksud ‘social engagement’ tersebut tetapi tidak banyak rujukan yang saya boleh perolehi. Namun, saya rasa saya boleh faham dengan makna perkataan tersebut. Budaya dan etika seperti ‘greeting’, ‘welcoming others’ seperti ucapan salam, selamat pagi, memohon maaf, tolong menolong, prihatin sebagai tanggungjawab sosial sesama manusia.

Saya lebih melihat ia kepada pendekatan proaktif budaya kelas pertama. Dulu, Pak Lah PM pernah berkata, kita barangkali mempunyai fasiliti kelas pertama, tetapi mempunyai minda kelas ketiga!... Kalau dalam amalan 5S, ada tiga jenis kelas budaya.. Budaya kelas ketiga ialah apabila semua pihak membuang sampah merata-rata dan tiada pula orang hendak membersihkannya. Budaya kelas kedua ialah terdapat orang membuang sampah tetapi terdapat pihak (cleaner) yang membersihkannya atau pihak lain disuruh membersihkannya. Budaya kelas pertama ialah, tiada pihak yang membuang sampah dan jika ada sampah, mereka cepat-cepat membersihkannya tanpa disuruh. Jadi, budaya kelas pertama tadi merujuk kepada etika ‘social engagement’ yang paling baik. Teknik ‘social engagement’ hanya akan berjaya apabila kita benar-benar ikhlas sepenuhnya dalam mengalu-alukan orang lain. (when they are fully and sincerely welcoming to the other). Etika sebegini amat bernilai dan membolehkan masyarakat yang lebih harmoni dan berbudi bahasa tinggi.

Dalam satu buku tulisan ’Burhanuddin Salam’ (yang saya petik daripada laman web www.suarakarya-online.com), ada diceritakan mengenai Etika Sosial. Menurutnya, asas moral dalam Kehidupan Manusia mengatakan, tujuan dan fungsi etika sosial pada dasarnya adalah untuk meningkatkan kesedaran warga masyarakat agar bertanggung jawab sebagai manusia dalam kehidupan bersama dalam segala dimensinya. Etika sosial mengajak kita untuk tidak hanya melihat segala sesuatu dan bertindak dalam kerangka kepentingan kita, melainkan juga mempedulikan kepentingan bersama, iaitu kesejahteraan dan kebahagian bersama.

Lebih lanjut dia mengatakan, etika sosial berbicara mengenai kewajiban, sikap dan pola perilaku manusia sebagai anggota manusia. Apabila masyarakat memahami makna etika seperti ini, prinsip-prinsip toleransi di tengah masyarakat dapat diterapkan. Dalam aspek kehidupan umat manusia pun, sikap saling menghormati dan tolong-menolong menjadi kunci kejayaan bersama. Untuk mewujudkan kedamaian dan kesejahteraan dalam hidup bernegara, masyarakat perlu mempraktikkan etika sosial dengan baik dengan tujuan membentuk karakter bangsa yang berbudi luhur.

Wallahualam.

Tuesday, April 5, 2011

ADAKAH REZEKI KITA BENAR-BENAR BERKAT?

Sumber Rezeki Halal



Sumber pendapatan daripada rezeki yang halal amat penting kerana sumber rezeki tersebut akan menjadi darah daging yang mengalir di dalam badan kita. Darah daging yang tumbuh hasil dari rezeki yang tidak halal tersebut bakal dimamah api neraka. Memperolehi rezeki yang halal amat penting untuk memastikan keberkatan di dunia dan di akhirat. Ada manusia yang murah rezekinya, tetapi tidak berkat. Allah melimpahkan rezeki yang murah tetapi tiada keberkatan. Ada manusia yang mendapat rezeki kurang tetapi rezeki yang sedikit tersebut tetap diberkati Allah.




Maka, sekiranya diberi pilihan, maka kita berkehendakkan kedua-duanya sekali iaitu murah rezeki dan berkat. Teori tersebut saya gambarkan seperti mana graf di atas. Kita mungkin lebih memilih B dan C berbanding A. Graf A mendapat rezeki yang tinggi tetapi kurang berkat. Ia mungkin boleh menjadi panduan kepada kita supaya kita tidak leka mencari rezeki tanpa memikirkan tahap keberkatan rezeki tersebut. Pilihan yang terbaik sudah semestinya ialah bersederhana dalam segala hal. Kesederhanaan di dalam dunia ini akan menjamin keberkatan pada rezeki kita insyaAllah. Jadi, kita tidak perlu terlalu risau dengan rezeki sedikit yang kita terima, tetapi kita sepatutnya risau jika keberkatan yang terlalu sedikit kita terima.




Kadang kala ada juga memerhatikan kawan-kawan yang menerima rezeki melimpah ruah. Syukur alhamdulillah. Janganlah pula kita mempunyai sifat PhD (perasaan hasad dengki) kepada rakan kita yang mendapat rezeki tersebut. Sesungguhnya ia adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Biarlah kita terima rezeki yang sedikit, asalkan ianya halal dan berkat. Saya yakin, kehidupan tanpa perasaan PhD tersebut lebih menjamin kebahagiaan yang hakiki kerana kebahagian dalam ertikata sebenarnya ialah terletak pada hati. Jika hati kita bahagia, maka bahagialah seluruh jiwa dan fizikal kita. Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.






Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman "Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?" Nabi Ayub mejawab "Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu". Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.


Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah


1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.


2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.


3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.


4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.


5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.


6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada sebahagiannya merupakan hak mereka.


7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.


8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.


9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)


10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.


11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.



Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)".Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.




Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api. Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.




Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui. Pesanan ini juga ditujukan kepada diri saya. Wallahualam.




Orang meminta sedekah di kala kita dalam kesempitan wang.




Pernah tak kita alami situasi begini? Semasa kita kesempitan wang, wang disaku hanya cukup-cukup untuk makan anak isteri pada hari tersebut sahaja. Tiba-tiba datang seorang hamba Allah, yang memohon sumbangan derma. Secara logiknya, kita tidak akan berikan duit saku kita kerana sudah pasti kita akan khuatir, sekiranya diberikan wang saku yang ada, maka kita akan hadapi masalah ketiadaan wang yang lebih serius, silap-silap anak bini tak makan pada hari tu.




Namun percayalah, ujian Allah kadang kala datang pada ketika kita di dalam kesusahan. Jadi, berilah derma seikhlas yang mungkin. Kerana kita tidak tahu siapakah hamba Allah yang meminta derma tersebut. Mungkinkah Malaikat yang menyamar kerana ingin menguji kita? Yakinlah, walaupun kita kita tinggal sehelai sepinggang, dermalah juga walau kita dalam kesusahan kerana Allah akan berikan balasan dalam rezeki yang tidak disangka. Saya pernah mengalami situasi ini beberapa kali. Alhamdulillah, ganjaran yang diterima tidak semestinya dalam bentuk wang, tetapi mungkin dalam bentuk lain seperti rezeki anak, perlindungan daripada aniaya dan sebagainya.




Mutiara Kata. “Harta akan habis digunakan tanpa ilmu, tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha Luas”

Wednesday, March 16, 2011

Kebakaran kecil dalam rumah

16 Mac 2011 malam itu, kami anak beranak sedang tidur di bilik tengah. Seperti biasa aircond dipasang bermula jam 10 malam, kalau tak pasang, tak boleh tidur jawabnya disebabkan ‘kepanasan’. Kira-kira pukul 3.00pagi, tiba-tiba sahaja saya dikejutkan dengan satu kebakaran kecil dalam rumah. Soket ‘power point’ pada alat pendingin hawa tiba-tiba sahaja terbakar. Mujurlah isteri saya tersedar dan menjerit, saya bingkas bangun, cuba menutup suis air cond, alat pemadam kebakaran ada, tetapi diletakkan di dapur, jadi tak sempat nak pergi ambil.. lantas saya ambil kain selimut untuk memadam kebakaran. Api berjaya dipadamkan.

Bau hangit dan debu hitam menyelubungi bilik rumah. Pening juga memikirkan bagaimana ia boleh berlaku. ELCB tidak trip dan mungkin ada masalah pada pendawaian. Tiba-tiba saya teringat, sebelum tidur malam tu, saya ada tercium bau hangit. Namun saya tidak ambil kisah sebab hidung saya ni kadang kala berbau macam-macam sebab penyakit resdung yang saya alami. Hal ini menyedarkan saya bahawa semua deria kurniaan Allah memang ada gunanya bukan sahaja untuk sengaja menghidu bau, tetapi berguna untuk mengesan sesuatu kemungkinan.
Saya membangunkan anak-anak saya dan kami semua turun tidur di ruang tamu. Peristiwa ini amat mengejutkan saya. Mujurlah malam itu saya tidak tidur berasingan dengan anak-anak saya, jikalau tidak, tidak tahu apa nasib kami anak beranak. Apa yang pasti, saya perlu mengambil berat keselamatan anak-anak saya selepas ini. Syukur kehadrat Allah kerana kami semua selamat dan memberikan pengajaran ini. Alhamdulillah.




Ayat untuk direnungkan..



"Duit bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya perlukan duit."



"Ayat pasif = Fardu kifayah, orang lain buat, kita tak payah.."



"Ayat proaktif = Fardu kifayah, kita buat, orang lain tak payah.."

Friday, February 18, 2011

Sindrom MENTAL BLOCK

Kadang-kala saya terdengar rakan-rakan saya mengadu… “dia ni ’mental block’ betul la… bila aku bagi idea sikit , dia terus tak mau terima…! “
atau pun “.. hang ni mental block ke apa ke.. benda yang simple ni pun tak boleh nak fikir..!”...
...dan mungkin ada banyak lagi komen-komen yang mengaitkan perkataan ’mental block’ ni... seringkali juga bila si pulan itu tidak sefahaman dengannya, si pulan akan dituduh ’mental block’. Macam-macam hal.. Kalau sesiapan yang mendengar komen, mestilah naik meradang dan sebagainya. Namun, sebelum kita meradang, ada baiknya kita fikir dan muhasabah balik dengan lebih rasional, adakah kita benar-benar ada sindrom ’mental block’?
Saya cuba cari maksud sebenar mental block ni.. adakah tafsiran mereka sama dengan teori yang sebenarnya.. atau sekadar main lepas cakap sahaja untuk memuaskan hati masing-masing... Selepas saya google.. maksud ’Mental Block’ ialah ketidakupayaan untuk berfikir panjang atau dalam bahasa inggerisnya ialah 'the failure to continue a train of thought' atau kegagalan/pemberontakan di dalam pemikiran. Mungkinkah ia satu penyakit..?
Jika kita masih berfikir di dalam kotak (thinking inside the box), maka kita akan dilabel sebagai seseorang yang ’mental block’. Orang selalu bercakap pasal “thinking outside of the box” di mana melibatkan perspektif bagaimanakah cara kita melihat sesuatu perkara itu (the way we look at it). Kita boleh berimaginasi sesuatu dengan kreatif dan mengharapkan ianya bakal menjadi kenyataan. Tiada yang mustahil di dalam dunia ini, cuma ketabahan dan keyakinan hati boleh mengatasi apa sahaja masalah yang timbul. Cara pemikiran yang betul mempunyai kuasa luar biasa dan bakal ’mengubah’ dunia ini. Saya ingin berkongsi beberapa tips yang saya perolehi daripada internet yang mana ia mungkin boleh merungkai sedikit sebanyak mengenai isu ’mental block’ ini.
1. Tabiat mencari jawapan yang betul
Budaya pembelajaran yang begitu ‘formal’ menyebabkan kita selalunya fokus kepada ‘jawapan yang betul’.. kalau soalan objektif tu, ada jawapan samada A atau B and sebagainya. Sistem ini tidak membantu kita untuk berperanan di dalam komuniti dengan lebih berkesan dan boleh menyebabkan ‘pemikiran kreatif’ disekat di dalam kehidupan yang sebenarnya. Sebenarnya di dalam hidup kita, ada lebih daripada satu jawapan bagi setiap persoalan. Yang berbeza ialah bagaimana kita menyusun keutamaan di dalam membuat sesuatu keputusan. Kita boleh cuba ‘reframing the issue’, kemudian kita boleh menyusun mengikut kesesuaian dalam pelbagai kaedah dan cara.
2. Pemikiran ‘Logik’
Semasa mengaji Diploma Komputer dulu, secara asasnya ialah belajar bagaimana micro processor berfikir. Pemikiran logik manusia ada yang sama seperti pemikiran computer iaitu logic ‘1’ atau ‘0’. Kemudian era komputer melalui satu lagi tahap maju iaitu ‘fuzzy logic’. Walaubagaibagamanapun, pemikiran computer tidak dapat mengatasi pemikiran manusia yang lebih baik kerana selain akal, manusia mempunyai hati yang juga boleh berfikir. Akal dan hati yang baik akan menghasilkan keputusan yang terbaik kepada manusia.
Salah satu cara untuk keluar daripada cara pemikiran logic computer ialah dengan cara berfikir secara ‘metaphorically’. Metaphor ialah konsep memahami satu perkara dalam sesuatu yang lain (concept of understanding one thing in terms of another). Kita boleh membina analogi daripada sebarang idea. Metaphors amat bagus dan apabila kita menyedari tentang kebenaran atau “truth” adalah ‘simbolik’, kita akan dapati kita sebenarnya selalu ada alternatif dalam setiap masalah dan persoalan.
3. ‘Play Safe’ atau terlalu mematuhi peraturan.
Saya teringat salah seorang former boss saya dalam TNB. Dia kata.. ’the roles of executive is to break the rules...”, Maksud dia bukanlah suruh langgar peraturan tu, tetapi apa yang faham ialah, eksekutif tidak seharusnya hanya ‘play safe’ dan ikut peraturan membabi buta sebaliknya kita boleh ‘revise’ dan ubah peraturan tersebut menjadi lebih baik. Pandangan dia memang outside of the box dan berbeza dengan beberapa boss yang saya pernah bekerja di bawah mereka. Memanglah ia tidak semudah yang dikata. Tetapi kenapa kita perlu ikut peraturan yang jelas tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak. Hanya seseorang yang mempunyai kuasa fikiran dan sifat kempimpinan yang tinggi boleh melakukannya. Dalam konteks syarikat sekarang, ia perlu dilakukan dengan bijak dan berhemah.
4. Being Practical
Menjadi seseorang yang praktikal amat penting lebih-lebih lagi apabila kita diperingkat PERLAKSANAAN sesuatu pendekatan. Luangkan sedikit masa untuk kita bertanya ‘apa akan jadi sekiranya…?’. Kemudian biarkan pemikiran kita berimaginasi sebentar dan kita akan dapati akhirnya memperolehi sesuatu idea yang lebih praktikal yang mana mungkin belum ada orang lain yang berfikir sebegitu sebelum ini.
5. Passion. Kerja bukannya bermain.
Bekerja dengan penuh ghairah dan selalu merangsang pemikiran kreatif. Pada hari ini, sesiapa yang boleh memberikan idea yang bernas akan diberikan penghargaan. Kita mungkin pernah dengar ‘Bila kerja, kerja betul-betul.. dan bila bermain, main betul-betul.
6. Itu bukannya kerja saya atau itu bukannya kpi saya
Dalam kerja kita, kadang kala kita terlalu berkira.. itu bukannya tugas aku.. itu bukan dalam KPI aku.. tidak dinafikan, dalam dunia sekarang, untuk menjadi berkemahiran dalm sesuatu bidang memanglah bagus, tetapi untuk lebih berjaya di dalam kehidupan, kita perlu lihat kesemua aspek selagi mampu. Sarjana berkata, untuk menjadi ‘creative persons’ – mereka perlu ‘know-it-alls’. Kita tak boleh menggantikan mesin selamanya.. tetapi kita perlu menjadi pengurus kepada mesin itu. Menjadi mesin diibaratkan sebagai thinking inside the box (mentally blocked).
7. Buat silap bukan satu kesalahan
Kita selalunya benci kepada berbuat kesilapan. Analogi yang boleh kita ambil contohnya ialah Thomas Edison yang telah melakukan kesilapan sebanyak 1,800 kali sebelum berjaya mencipta lampu mentol kuasa elektrik, kekuatan Edison ialah tidak takut untuk berbuat kesilapan. Namun kita akan improve dan belajar setiap kali selepas melakukan kesilapan. Cuba lontarkan atau laksanakan idea kita dan tengok apa akan jadi. Tanya diri sendiri, “what’s the worst that can happen if I’m wrong?” kita akan dapati banyak faedahnya yang amat berkesan sekali. Contoh pada diri saya ialah, kemalangan baru-baru ini, kesilapan memilih lorong sebelah kanan ketika jalan amat sibuk. Saya perlu lebih berhati-hati bila melalui keadaan ini. Nasib baiklah tiada trauma. Semua perkara ada risiko dan kita perlu bijak membuat keputusan.
8. Saya tak kreatif?
Menafikan kreativiti diri sendiri ialah seumpama menafikan kewujudan manusia di muka bumi. Kita semua dilahirkan ada kelebihan masing-masing dan kreativiti yang terhad. Tetapi sekiranya awal-awal lagi kita dah hadkan kreativiti kita atau ‘block’kan mental kita, maka begitulah akan jadinya (sepertimana kita fikirkan). Ingat tak pada lagu ‘fikirkan boleh’. Ia bukanlah sekadar lagu, tetapi realiti terhadap sistem pemikiran kita di dalam dunia ini.
Cuba hayati liriknya.. saya yakin, ianya mungkin ada kaitan dengan sindrom ‘mental block’. tq. Wallahualam.

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Saturday, February 5, 2011

XCDN



Sehari sebelum cuti Chinese New Year (CNY) yang lepas, saya drafkan untuk Boss saya SMS infoblast perutusan khas kepada semua warga kerja iaitu ucapan CNY dan berhati2 di jalan raya.. selama ini saya selalu berpesan kepada warga kerja supaya berhati-hati di jalan raya dan elakkan kemalangan.

Semalam, 5 Februari 2011 jam 2.57pm, saya sendiri mengalami kemalangan di lebuh raya KM 150 arah utara tidak jauh dari Plaza Tol Juru. Saya sekeluarga dalam perjalanan balik ke Alor Setar selepas pulang bercuti di kampong di Perak. Kereta innova yang saya baru beli tak sampai seminggu tersebut dihentam dari belakang oleh sebuah kereta jenis Iswara. Sebaik dihentam, saya segera melihat anak-anak dan isteri, alhamdulillah mereka semua tidak ada apa-apa, cuma agak terkejut dengan kejadian ini. Selepas itu, saya berpesan kepada isteri saya supaya jangan keluar dari kereta… saya segera keluar kereta untuk melihat keadaan belakang kereta saya, hanya kena bumper sahaja… kemudian saya terus pergi melihat kereta iswara yang melanggar saya itu. Keadaan Iswara tersebut lebih parah lagi nampaknya kerana dia juga dihentam dari belakang oleh sebuah Myvi. Saya cuba melihat-lihat keadaan orang yang berada di dalam kereta Iswara tersebut sambil berharap tiada sesiapa yang tercedera.. saya lihat depan dan belakang kereta mereka remuk teruk.. pintu belakang mereka tak dapat dibuka.. Seterusnya saya berlari ke arah kereta MyVi di belakang beliau.. alhamdulillah, juga tiada yang cedera parah.. saya lihat anaknya mengalami luka sedikit.…

Dalam sekelip mata sahaja, tiba-tiba sahaja sorang lelaki dengan truck tunda sampai. Hmm pelik juga macamana depa sampai begitu cepat… agaknya diaorang ni dah standby kot.. kemudian polis trafik pula sampai.. saya diarah oleh pegawai polis supaya mengalihkan kereta ke tepi highway kerana jalan dah jadi jem teruk disebabkan kejadian ini.. polis tu bagitau saya, dalam kes ini, beliau kata saya tidak bersalah kerana dilanggar dari belakang dan saya tidak pula melanggar sebarang kenderaan di hadapan.. beliau nasihatkan saya supaya mencatit no plet kereta dan jenis kenderaan yang melanggar saya dan segera membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Jawi.. saya menelefon salesman Toyota dan beliau juga menasihatkan perkara yang sama.. kemudian, saya terdengar polis trafik tersebut menerima satu lagi aduan melalui walkie talkie nya.. terdapat satu lagi kemalangan di KM 140 pula…

Kemudian, saya berjumpa dengan pemilik kereta MyVi dan Iswara belakang saya dan bertanya khabar keadaan ahli-ahli keluarganya yang masih kelihatan tergamam nampaknya.. kami saling bersalam dan bermaafan dan mengganggap ini takdir.. kemudian, sebuah ambulance tiba untuk membawa anaknya yang luka sedikit.. Selepas itu, polis menasihatkan saya supaya jangan lagi tunggu di situ dan segera pergi membuat laporan polis.. saya pun segera bertolak dan mencari balai polis trafik jawi.. saya hanya memandu 60km/j sahaja dan lebih berhati2 lagi...

Sebaik tiba di balai polis trafik, kelihatan beberapa buah kereta lain yang juga baru alami kemalangan nampaknya... di dalam balai, saya menunggu giliran untuk membuat aduan... hmm.. banyak sungguh rupanya kejadian kemalangan hari ini.. bisik hati saya.. semasa di dalam balai, saya sempat berbual dengan seorang pakcik, dia juga baru mengalami kemalangan yang juga dilanggar dari belakang.. lokasi KM 151... hanya 1 km dari lokasi saya... dekat rupanya... kemudian, saya memerhatikan seorang berbangsa cina juga membuat aduan kemalangan..... tempat memang tak jauh juga... apabila melihat keadaan kereta mereka yang hampir ’total loss’ dan terpaksa ditarik dengan truck tunda, saya rasa amat bersyukur kerana kereta saya pula tidak seteruk mana.. keadaan saya jauh lebih baik dari mereka... hati saya tidak berhenti mengucapkan alhamdulillah kerana tidak ditimpa malapetaka yang besar apabila memikirkan semua ini... banyak hikmah dan pelajaran yang saya perolehi walaupun terpaksa melalui kejadian kemalangan ini.. Allahuakbar...

Wallahualam.

Saturday, January 1, 2011

LAGI MAU BELAJAR KA?

Selamat tahun baru masihi 2011. Bila sebut pasal sambung pengajian, rasanya dah banyak kali saya mengalami suasana exam. Sejak sekolah hingga ke Universiti, perkara yang paling tidak digemari ialah exam. Yang paling tidak seronoknya, suasana exam menyebabkan kita rasa tertekan. Tak kisah apa jenis exam pun.. perasaan risau atau 'nervous' tetap ada dan ia adalah perkara biasa sebenarnya. Perasaan tersebut biasanya akan diubati dengan keputusan (positif) peperiksaan. Kalau dulu semasa ambil kursus jurusan Sijil Kejuruteraan di Politeknik, saya berkata kepada diri saya sendiri, rasanya cukuplah dengan sijil poly dan dah tak sanggup rasanya untuk alami suasana peperiksaan lagi. Namun, bila keluar saja result exam yang menggembirakan, perasaan bertukar menjadi kembali bersemangat semula malah berazam pula untuk sambung belajar lagi. Pelik betul kan...? Jadinya, walaupun kadangkala serik tetapi akhirnya, sampai sekarang saya masih terus belajar lagi.
Ada orang bertanya kepada saya, apa tujuan hang buat master? Jawapan saya mudah sahaja sebenarnya iaitu yang pertama, untuk memenuhi tuntutan agama, iaitu tuntutlah ilmu hingga ke negeri cina. Kedua, kita digalakkan untuk mempelbagaikan cabang ilmu dan tidak terhad hanya berada di dalam satu bidang sahaja. Ketiga, ia adalah satu bentuk ilmu mendisiplinkan diri kerana tidak semua manusia itu mempunyai disiplin diri yang utuh. Keempat, Menuntut ilmu juga adalah salah satu cabang jihad. Kelima, mempunyai ijazah kedua adalah pilihan masing-masing kerana kita sebenarnya tidak rugi apa-apa pun. Menuntut ilmu bagi saya, tidak pernah merugikan apatahlagi untuk mempunyai cadang disiplin ilmu yang berbeza pula. Hasil kajian mendapati kebanyakan manusia hanya menggunakan sebahagian kecil sahaja otak untuk diisi dengan ilmu pengetahuan. Jadi, saya berpendapat adalah rugi kalau kita tidak 'utilize' otak kita dengan betul-betul. Selain mempunyai pengalaman hidup, ilmu amat penting untuk mematangkan akal fikiran agar kita lebih menjadi manusia rasional, penyabar dan bertimbangrasa. Keenam, sebagai perangsang kepada anak-anak saya kot. Ketujuh, kita perlu berfikir ’out of the box’, supaya dengan cabang ilmu yang lain, akan membolehkan kita berfikir dengan lebih ’global’ dan tidak hanya berlegar di dalam ruang lingkup yang terhad yang mana mungkin kita rasa dah cukup bagus tetapi dari perspektif lain, ia mungkin belum boleh lagi dilihat sebagai baik atau bagus.
Kemudian orang bertanya pula, tak buat master/degree pun orang masih boleh belajar juga, mohon sahaja kursus semasa bekerja, belajar dari internet, belajar di pondok, surau dan sebagainya. Ya memang betul tu dan saya setuju sebab ia hanyalah salah satu kaedah atau platform pembelajaran yang kita pilih. Walaupun ada orang kata kaedah pembelajaran moden lebih bersifat 'sekular' dan berorintasikan peperiksaan, saya rasanya tuduhan itu betul bergantung kepada niat orang itu sendiri. Kalau niatnya semata-mata untuk lulus mendapatkan sijil atau diploma atau ijazah ataupun untuk mendapat 'promotion' dan menjadi kaya sebagainya, maka ilmunya itu akan menjadi sia-sia sahaja. Niat perlu diperbetulkan iaitu menuntut ilmu untuk menjadi manusia yang lebih baik dari semalam. Berazam untuk menggunakan ilmu yang ada bagi tujuan memberikan manafaat kepada manusia yang lain. Dalam proses menuntut ilmu, seboleh-bolehnya kita boleh kaitkan ia dengan kerja, kehidupan dan juga Islam al quran atau mencipta 'analogi' semasa, agar iman dan keyakinan kita sentiasa dapat dipertingkatkan insyaAllah. Semua itu tidak semudah apa yang dituliskan di sini, namun kita perlu ada usaha ke arah yang lebih baik. Bagaimana caranya, terpulang kepada kaedah dan kemampuan masing-masing, asalkan ia tidak terpesong dari ajaran islam. Jangan kita memperlekehkan orang lain semata-mata kita tidak sependapat dengan mereka. Semua itu memerlukan 'ehsan' yang kuat dari dalam diri. Pesanan ini juga untuk diri saya.

Wallahualam.